Menghadapi
Mehnah Kehidupan
Yahya
Bakeri
Universiti
Malaysia Sarawak
1.0 Pengenalan
Anda tidak lama lagi akan mengahadapi peperiksaan. Jadi mahu tidak mahu
anda kena menghadapinya. Rasa celaru dan resah sudah pasti akan merundung anda
maka apakah anda berjaya mendapat keputusan yang lebih baik atau mengekalkan
keputusan lama atau anda gagal dalam peperiksaan ini? Sudah pasti anda tidak
mahu gagal, dan sudah menjadi tabiat manusia mesti mahu berjaya dalam peperiksaan
dengan lebih baik. Apakah kejayaan itu akan datang bergolek kepada kita tanpa
usaha, kepastiannya usaha mesti ada untuk berjayaan.
2.0 Balasan Allah SWT
Allah swt sudah pasti tidak akan mengharapkan mereka yang berusaha.
Allah pasti bagi kejayaan setakat yang mereka usahakan. Hal ini jelas dalam
firman Nya dalam surah an-Najmu ayat 39:
Dan bahawa sesungguhnya
tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.
Ayat mengingatkan kita pada yang
kita usahakan itu yang kita dapat. Allah SWT mengingatkan orang yang beriman
bahawa setiap usaha itu kadang-kadang ada kegagalannya. Kegagalan ini bukan
bererti Allah SWT benci kepada kita tapi ini adalah ujian dan cabaran buat kita
semua. Firman Allah SWT dalam surah al-Angkabut ayat 2
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan
sesuatu cubaan)?
3.0 Pandangan Ulama
Seorang pakar motivasi terkenal, iaitu Dr. Tengku Asmadi pernah
menyatakan ada empat cara kita menghadapi peperiksaan
- Persediaan fizikal
- Persediaan mentel
- Persediaan emosi
- Persediaan rohani
Persediaan fizikal ialah mempunyai
kesihatan yang baik. Para pelajar mesti menjaga kesihatan mereka dengan baik
lebih-lebih lagi bila peperiksaan semakin dekat. Kata pepatah Arab
العَقْلُ السَّلِيْمُ فيِ الجِسْمِ السَّلِيْمِ
Akal yang sihat pada anggota badan yang sihat.
Jadi perlunya di sini para pelajar mesti menjaga tidur dengan baik untuk
mendapat kesihatan yang baik. Tidur yang mencukupi pasti akan memudahkan minda
anda menerima ilmu sekalipun sukar. Seorang individu sihat akan mengambil masa sekitar
6 ke 7 jam tidur sehari, tidak kurang dan lebih.Dalam masa yang sama mesti
menjaga pemakanan, dengan pemakan yang baik akan mencernah minda dan pemikiran
yang sihat. Pemakanan yang kotor dan tidak sihat akan merosakkan pemikiran.
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 57:
Makanlah makanan yang baik yang kami berikan.
Apa yang dimaksudkan dengan makan yang baik ialah makanan yang dari
sumber yang halal, kualitinya, iaitu zatnya rasanya iaitu enak dan lazat dan
bersih iaitu tidak membawa penyakit dan kemudaratan. Begitu juga riadah mesti
ada, tidak perlulah riadah yang berat, tangguh dulu riadhah seperti bola sepak,
badminton dan bola keranjang buat sementara waktu sehingga habis peperiksaan
ambil senaman yang ringan seperti berlari anak,berlari setempat dan berjalan
laju untuk senaman ringan. Dengan senaman yang ringan ia tidak akan membebankan
tubuh badan.
Persediaan mentel pula ialah para
pelajar perlulah menghapus apa sahaja anggapan negetif dalam minda. Anggapan
nigetif seperti kalau aku gagal,bolehkah aku berjaya?sampaikah target aku dan
aku sudah bersediakah? Anggapan seperti ini mesti dihapuskan dari minda dan
fikiran. Ubahkan anggapan negetif ini aku boleh berjaya, aku pasti dapat skor,
aku yakin kejayaan pasti milik aku.Aku pasti berjuang sampai ke garisan penamat
insyAllah, Amin.
Persediaan emosi, mesti ada
kepada para pelajar.Elakkan dari mancari masalah seperti mengambil barang
telarang seperti dadah,rokok dan arak.Elakkan dari bercinta monyet yang
menyebabkan anda kecundang pada saat-saat peperiksaan.Elakkan dari melakukan
kesalahan disiplin yang boleh menyusahkan diri kita sendiri dan orang lain.
Elakkan dari pertengkaran dan permusuhan antara kawan. Sedia membantu kawan
jika mampu berbuat demikian atas keupayaan masing-masing. Banyakkan berbuat
kebaikkan ini adalah arahan Allah swt dalam surah al-Maidah ayat 5
Tolong menolonglah dalam kebaikkan dan takwa dan janganlah kamu tolong
menolong dalam perkara dosa dan permusuhan, takutlah kepada Allah sesungguhnya
azabNya sangatlah pedih.
Persediaan rohani, perlu ada
untuk berjaya. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu
melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah yang menentukan.
Ketenangan jiwa dan fikiran perlu di saat-saat akhir menghadapi peperiksaan.
Oleh itu lakukan sesuatu untuk meraihkan ketenangan ini. Antara perkara yang
boleh dilakukan ialah sentiasa bermunajat kepada Allah swt, mohon restu
daripada kedua orang tua dan pensyarah anda. Minta mereka merestui anda dan mendoakan
kejayaan anda. Antara ingatan imam Syafi’ dalam kita menuntut ilmu ialah kita
mesti bersahabat dengan guru. Perkara yang lain yang mesti dilakukan ialah banyakkan
berzikir dan membaca al-Quran,hati yang banyak berzikir akan memprolehi
ketenangan. Hati juga akan lebih tenang,terang dan mudah menerima ilmu jika
anda selalu membaca Al-Quran. Firman Allah swt ayat 28 surah al-Rad’
Maksudnya : Sesungguhnya dengan mengingati Tuhan menjadi tenanglah semua
hati.
4.0 Menjauhi
Perkara-Perkara yang Dilarang
Dalam masa yang sama para pelajar mesti menjauhi maksiat dan dosa besar.
Mereka yang melakukan maksiat hati mereka menjadi kotor.Ilmu itu suatu yang
suci sudah pasti yang suci tidak akan masuk dalam hati yang kotor. Imam Waqi’ pernah menasihati Imam Syafi’e dengan katanya
علم نور ونور لا يهدى للعاصي.
Ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak akan masuk ke dalam hati yang
kotor.
Mereka yang melakukan maksiat dan bergelumang dengan dosa akan
menyebabkan hati menjadi mati dan hidup mereka tidak akan diberkati. Perkara
yang terakhir yang sepatutnya para pelajar lakukan ialah janganlah sekali-kali
kita lupa untuk berdoa memohon dan menadah tangan kepada Allah swt agar ilmu
yang kita pelajari diberkati dan memberi manfaat untuk kita dan masyarakat
serta beroleh kejayaan.
Allah swt pasti tidak akan membebankan kita dengan perkara yang berada
diluar kemampuan kita. Hal ini di jelaskan oleh Allah dalam firmanNya ayat 286
surah al-Baqarah:
Allah tidak memberati seseorang melainkan
apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan
dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan
berkata): Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami
lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada
kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami. Janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah
kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan
terhadap kaum-kaum yang kafir.
No comments:
Post a Comment