Thursday, August 25, 2016

Golongan Remaja dalam Memahami Erti Kemerdekaan



Golongan Remaja dalam Memahami Erti Kemerdekaan
Yahya Bakeri
Universiti Malaysia Sarawak

1.0  Pengenalan
Patah tumbuh hilang berganti. Inilah satu hakikat yang perlu disedari dan difahami oleh golongan remaja hari ini bahawa mereka pastinya akan mengambil tempat golongan dewasa pada suatu hari nanti. Maka, golongan remaja yang ada pada hari inilah yang seterusnya akan memikul tanggungjawab yang berat ini bagi memastikan segala wawasan yang dirancang bagi mengekalkan kemerdekaan, mengisi, memajukan negara dan ummah akan tercapai dengan jayanya. Justeru, bentuk kemajuan negara pada masa hadapan adalah bergantung kepada kualiti remaja yang ada pada hari ini. Oleh sebab itu, golongan remaja perlu diberi bimbingan dan didikan yang sempurna agar mereka menjadi golongan remaja yang cemerlang dan mampu menggalas harapan negara.

2.0  Zaman Remaja dan Cabaran

Sesungguhnya, zaman remaja adalah satu fasa kehidupan yang sangat penting lagi berharga. Ia adalah tempoh peralihan dan persediaan bagi remaja untuk menempuh alam dewasa. Oleh sebab itu, para remaja hendaklah menggunakan dengan sepenuhnya masa remaja ini untuk memperlengkapkan diri dengan ciri-ciri yang penting bagi menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan akhirat. Antara ciri-ciri tersebut ialah :

2.1  Memiliki pegangan dan penghayatan yang teguh terhadap ajaran Islam sama ada yang berkaitan dengan aqidah atau syariat.

 Sebenarnya, aqidah yang kuat dan cara hidup yang berlandaskan syariat merupakan pendorong utama kepada setiap muslim itu untuk melakukan amal kebajikan dan melaksanakan segala tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Pada masa yang sama, ia menjadi benteng yang utuh bagi menangkis segala pengaruh negatif yang cuba memesongkannya dari jalan hidup yang diredhai Allah. Inilah yang ditegaskan oleh Allah subhanahu wata’ala melalui firmanNya di dalam surah Ibrahim, ayat 24-25 :
 
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

2.2  Memiliki akhlak dan budi pekerti yang mulia

Islam amat menekankan kepada setiap individu umatnya agar memiliki akhlak yang mulia sama ada dalam pertuturan ataupun perbuatannya. Islam telah menetapkan bahawa orang yang terbaik dan cemerlang adalah mereka yang paling baik akhlaknya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :
(( خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلاَقًا ))
Orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah mereka yang terbaik dari segi akhlaknya. (Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya, kemajuan dari segi material dan fizikal yang dikecapi tanpa diiringi oleh akhlak dan budi pekerti hanya akan menyebabkan tamadun yang dibina tidak kekal lama dan akhirnya akan musnah. Manakala kemajuan yang dibina oleh generasi yang berakhlak mulia akan memberi faedah dan rahmat kepada seluruh alam sesuai dengan pengutusan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam sebagai Rahmatan Lil Alamin.

2.3  Memiliki ilmu pengetahuan yang mantap dan kemahiran yang tinggi.

Saidina Ali r.a pernah berkata, maksudnya :

((“Sesiapa yang hendakkan kejayaan di dunia maka hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang hendakkan kejayaan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu )).


Justeru, remaja pada hari ini hendaklah menggunakan sepenuh masanya semasa berada di bangku persekolahan dan di peringkat universiti bagi menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran. Masa lapang yang ada hendaklah digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada pembinaan sahsiah dan meningkatkan kemampuan serta kemajuan dirinya.

2.4  Memiliki jiwa dan minda yang kuat.

Dalam berhadapan dengan zaman yang amat mencabar, para remaja perlu mempunyai jiwa dan minda yang kuat. Seorang yang memiliki jiwa yang kuat dan minda yang cerdas, mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan dirinya dan sedia untuk bersaing dengan sesiapa sahaja tanpa memandang rendah kepada orang lain serta tidak akan mudah untuk mengaku kalah atau kecewa. Kekalahan atau kegagalan baginya bukanlah titik noktah kepada kehidupan bahkan titik tolak kepada kejayaan yang gilang-gemilang. Malah baginya kegagalan itu adalah pelajaran yang berguna baginya dalam mencipta kejayaan. Mereka yang kuat jiwa dan mentalnya adalah golongan yang kuat tawakkalnya kepada Allah subhanahu wata’ala Inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam melalui sabdanya : 

(( اَلْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ، وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ. اِحْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ، وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْجِزْ، وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلاَ تَقُلْ : لَوْ أَنِّيْ فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَـكِنْ قُلْ : قَدَّرَ الله ُ، وَمَا شَاءَ فَعَلَ؛ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ  ))
Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada kedua-duanya ada baiknya. Berusahalah kamu mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan sentiasalah memohon pertolongan daripada Allah dan janganlah kamu lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu musibah, maka janganlah kamu berkata : “Kalau saya buat begini, maka sudah tentu begini dan begitu yang akan terjadi”. Tetapi katakanlah : “Allah telah mentaqdirkannya dan apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah pasti akan terjadi”. Sesungguhnya, perkataan ‘kalau’ itu akan membuka pintu untuk campurtangan syaitan.(Hadith riwayat Imam Muslim)
Inilah antara ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh para remaja bagi membolehkan mereka menggalas harapan Negara di hari muka untuk mengisi kemerdekaan.

3.0  Kesimpulan

Akhirnya, kita berdoa agar para remaja kita ini akan sentiasa diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah subhanahu wata’ala untuk terus menghayati cara hidup yang bermoral dengan mengamalkan nilai-nilai murni berlandaskan ajaran Islam dan budaya hidup yang cemerlang pada setiap masa. Mudah-mudahan mereka akan terus mendapat inayah dan ri’ayah Allah subhanahu wata’ala daripada terpengaruh dengan nilai-nilai dan budaya-budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam dan seterusnya berjaya melaksanakan peranannya sebagai remaja Islam yang cemerlang, insya Allah. Firman Allah subhanahu wata’ala di dalam surah al-Nahl, ayat 97 :
ƒ
Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.






Thursday, May 26, 2016

Menghadapi Mehnah Kehidupan



Menghadapi Mehnah Kehidupan
Yahya Bakeri
Universiti Malaysia Sarawak

1.0  Pengenalan

Anda tidak lama lagi akan mengahadapi peperiksaan. Jadi mahu tidak mahu anda kena menghadapinya. Rasa celaru dan resah sudah pasti akan merundung anda maka apakah anda berjaya mendapat keputusan yang lebih baik atau mengekalkan keputusan lama atau anda gagal dalam peperiksaan ini? Sudah pasti anda tidak mahu gagal, dan sudah menjadi tabiat manusia mesti mahu berjaya dalam peperiksaan dengan lebih baik. Apakah kejayaan itu akan datang bergolek kepada kita tanpa usaha, kepastiannya usaha mesti ada untuk berjayaan.

2.0 Balasan Allah SWT

Allah swt sudah pasti tidak akan mengharapkan mereka yang berusaha. Allah pasti bagi kejayaan setakat yang mereka usahakan. Hal ini jelas dalam firman Nya dalam surah an-Najmu ayat 39:

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

 Ayat mengingatkan kita pada yang kita usahakan itu yang kita dapat. Allah SWT mengingatkan orang yang beriman bahawa setiap usaha itu kadang-kadang ada kegagalannya. Kegagalan ini bukan bererti Allah SWT benci kepada kita tapi ini adalah ujian dan cabaran buat kita semua. Firman Allah SWT dalam surah al-Angkabut ayat 2

 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3.0 Pandangan Ulama

Seorang pakar motivasi terkenal, iaitu Dr. Tengku Asmadi pernah menyatakan ada empat cara kita menghadapi peperiksaan

  1. Persediaan fizikal
  2. Persediaan mentel
  3. Persediaan emosi
  4. Persediaan rohani

Persediaan fizikal ialah mempunyai kesihatan yang baik. Para pelajar mesti menjaga kesihatan mereka dengan baik lebih-lebih lagi bila peperiksaan semakin dekat. Kata pepatah Arab
العَقْلُ السَّلِيْمُ فيِ الجِسْمِ السَّلِيْمِ
Akal yang sihat pada anggota badan yang sihat.

Jadi perlunya di sini para pelajar mesti menjaga tidur dengan baik untuk mendapat kesihatan yang baik. Tidur yang mencukupi pasti akan memudahkan minda anda menerima ilmu sekalipun sukar. Seorang individu sihat akan mengambil masa sekitar 6 ke 7 jam tidur sehari, tidak kurang dan lebih.Dalam masa yang sama mesti menjaga pemakanan, dengan pemakan yang baik akan mencernah minda dan pemikiran yang sihat. Pemakanan yang kotor dan tidak sihat akan merosakkan pemikiran. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 57:
Makanlah makanan yang baik yang kami berikan.
Apa yang dimaksudkan dengan makan yang baik ialah makanan yang dari sumber yang halal, kualitinya, iaitu zatnya rasanya iaitu enak dan lazat dan bersih iaitu tidak membawa penyakit dan kemudaratan. Begitu juga riadah mesti ada, tidak perlulah riadah yang berat, tangguh dulu riadhah seperti bola sepak, badminton dan bola keranjang buat sementara waktu sehingga habis peperiksaan ambil senaman yang ringan seperti berlari anak,berlari setempat dan berjalan laju untuk senaman ringan. Dengan senaman yang ringan ia tidak akan membebankan tubuh badan.

Persediaan mentel pula ialah para pelajar perlulah menghapus apa sahaja anggapan negetif dalam minda. Anggapan nigetif seperti kalau aku gagal,bolehkah aku berjaya?sampaikah target aku dan aku sudah bersediakah? Anggapan seperti ini mesti dihapuskan dari minda dan fikiran. Ubahkan anggapan negetif ini aku boleh berjaya, aku pasti dapat skor, aku yakin kejayaan pasti milik aku.Aku pasti berjuang sampai ke garisan penamat insyAllah, Amin.

Persediaan emosi, mesti ada kepada para pelajar.Elakkan dari mancari masalah seperti mengambil barang telarang seperti dadah,rokok dan arak.Elakkan dari bercinta monyet yang menyebabkan anda kecundang pada saat-saat peperiksaan.Elakkan dari melakukan kesalahan disiplin yang boleh menyusahkan diri kita sendiri dan orang lain. Elakkan dari pertengkaran dan permusuhan antara kawan. Sedia membantu kawan jika mampu berbuat demikian atas keupayaan masing-masing. Banyakkan berbuat kebaikkan ini adalah arahan Allah swt dalam surah al-Maidah ayat 5

Tolong menolonglah dalam kebaikkan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan, takutlah kepada Allah sesungguhnya azabNya sangatlah pedih.

Persediaan rohani, perlu ada untuk berjaya. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah yang menentukan. Ketenangan jiwa dan fikiran perlu di saat-saat akhir menghadapi peperiksaan. Oleh itu lakukan sesuatu untuk meraihkan ketenangan ini. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah sentiasa bermunajat kepada Allah swt, mohon restu daripada kedua orang tua dan pensyarah anda. Minta mereka merestui anda dan mendoakan kejayaan anda. Antara ingatan imam Syafi’ dalam kita menuntut ilmu ialah kita mesti bersahabat dengan guru. Perkara yang lain yang mesti dilakukan ialah banyakkan berzikir dan membaca al-Quran,hati yang banyak berzikir akan memprolehi ketenangan. Hati juga akan lebih tenang,terang dan mudah menerima ilmu jika anda selalu membaca Al-Quran. Firman Allah swt  ayat 28 surah al-Rad’

Maksudnya : Sesungguhnya dengan mengingati Tuhan menjadi tenanglah semua hati.

4.0 Menjauhi Perkara-Perkara yang Dilarang

Dalam masa yang sama para pelajar mesti menjauhi maksiat dan dosa besar. Mereka yang melakukan maksiat hati mereka menjadi kotor.Ilmu itu suatu yang suci sudah pasti yang suci tidak akan masuk dalam hati yang kotor. Imam Waqi’  pernah menasihati Imam Syafi’e dengan katanya
علم نور ونور لا يهدى للعاصي.
Ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak akan masuk ke dalam hati yang kotor.

Mereka yang melakukan maksiat dan bergelumang dengan dosa akan menyebabkan hati menjadi mati dan hidup mereka tidak akan diberkati. Perkara yang terakhir yang sepatutnya para pelajar lakukan ialah janganlah sekali-kali kita lupa untuk berdoa memohon dan menadah tangan kepada Allah swt agar ilmu yang kita pelajari diberkati dan memberi manfaat untuk kita dan masyarakat serta beroleh kejayaan.

Allah swt pasti tidak akan membebankan kita dengan perkara yang berada diluar kemampuan kita. Hal ini di jelaskan oleh Allah dalam firmanNya ayat 286 surah al-Baqarah:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami. Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.