KEHIDUPAN YANG LALAI DENGAN DUNIA
Yahya Bakeri
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
20 FEBRUARI 2016/11 JAMADIL AWAL 1437H
6AM
1.0 Pengenalan
Kehidupan dalam
dunia ini banyak cobaan onak dan duri. Hidup seorang mukmin akan menjadikan
dunia ini sebagai alat untuk mencari kebahagiaan yang kekal abadi. Mereka tidak
akan mudah terpengaruh dengan ajakan dunia sekalipun pelbagai godaan yang
datang. Bagi mereka dunia ini hanya tipu daya semata-mata. Namun mereka tidak
juga melupai dunia kerana dunia adalah alat orang mukmin untuk mencari
kehidupan yang sebenar di akhirat, iaitu kehidupan di syurga yang kekal abadi
selamanya tidak seperti dunia ini sementara dan akan terputus segalanya bila
tiba waktu kematian. Semua harta kekayaan, anak-anak, isteri, rumah, emas
belian semuanya akan jadi milik yang hidup bila berlaku kematian.
2.0 Kehidupan Seorang Mukmin
Seorang mukmin
yang sejati ialah seorang mukmin yang kuat dalam segala yang baik. Sabda Nabi
Muhammad SAW yang diriwayat oleh Muslim
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ
الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي
كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ
وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا
وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ
الشَّيْطَانِ
Dari Abu
Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, Mukmin yang kuat lebih baik dan
lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah, dan pada keduanya ada
kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu
dan mintalah pertolongan kepada Allah (dalam segala urusanmu) serta janganlah
sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah
engkau berkata, Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan
begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan Allah, dan Allah berbuat apa
saja yang Dia kehendaki, karena ucapan seandainya akan membuka (pintu)
perbuatan syaitan.
Kata Syekh Abdul
Rahman bin Nasir as-Sakdi dalam kitab beliau Syarah Jawamiu Al-Akbar, katanya
orang mukmin yang kuat ada empat golongan iaitu :
a.
Orang mukmin yang menuntut ilmu
dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat.
b.
Beramal soleh dan gigih bekerja
c.
Sentiasa mengajak dalam kebenaran
d.
Suka memberi nasihat, nasihat
menasiahati dengan kesabaran.
Dalam hadis diatas menyatakan jangan berkalau-kalau dengan apa yang
telah berlaku. Bekerja kuatlah selepas ini supaya hasil yang diinginkan
mencapai apa yang dirancang. Perkara yang berlaku anggaplah ia sebagai takdir
yang telah ditetapkan serta sabar dalam menghadapinya. Semua manusia inginkan
kepada kekayaan. Ramai yang mahu senang tapi malas. Malas bekerja, tidak
menepati masa, buang masa dengan melepak, banyak tidur dan lebih teruk ialah
malas beribadah.
Dalam kajian 10 yang
kaya dalam dunia dan di Sarawak. Semua mereka yang kuat bekerja. Antara mereka
ialah Ting Pek Khing yang paling kaya di
Sarawak. Lihat kepada sikap mereka untuk mendapatkan tander kerajaan. Ketika
zaman Tun Abdullah Badawi. Beliau sanggup menunggu lama dalam hotel tempat
penginapan Tun Abdullah ketika itu, sehingga beliau dapat berjumpa dangan Tun
Abdullah. Walau banyak kali beliau dihalau berkali-kali daripada hotel
semata-mata mahu menyerah sendiri kertas cadangan untuk projek-projek kerajaan.
Kesungguhan beliau membuahkan hasil, lihatlah kekayaanya. Pernah beliau
meminjam wang daripada bank untuk membeli keperluan projek iaitu, lori
penganggkut tanah. Syarikat beliau lambat membuat bayaran sebab projek kerajaan
biasa seperti itu, pihak bank cuba untuk menarik balik semua lori yang dibeli.
Beliau dengan selamber mempersilakan pihak bank tarik semua lori yang
digunakan. Beliau bijak berilmu dan dalam masa yang sama rajin berusaha.
Mahu kaya kena bersusah dan sanggup berusaha bukan
tunggu bulan jatuh ke riba. Jika nilai 1billion bersamaan 1000juta. Jika RM1
setiap 1 saat diambil dari bank untuk kumpul 1billion atau 1000juta mengambil
masa 33tahun. Cuba bayangkan dengan kaedah yang sama ambil RM1juta dari bank
setiap saat RM1 mengambil masa 30hari termasuk Sabtu Ahad. Maksudnya di sini
bukan untuk kaya, mahu kaya kena berusaha kerja kuat jangan sikit-sikit tidur.
3.0 Mahu kaya banyakkan bersedekah
Mereka yang mahu
kaya, banyakan bersedekah. Belum lagi jumpa yang bersedekah jatuh miskin dan
papa, yang banyak ditemui dengan bersedekah mereka makin kaya dan kaya. Dalam
Islam dengan banyak memberi akan kesan yang sangat ajaib. Makin mereka banyak
memberi dan bersedekah semakin mereka dianugerah kekayaan, walau kekadang
rezeqi itu tidak disangka-sangka. Dengan bersedekah ia memberi kesan kepada
diri dan ummah. Mereka akan dihormati dan disayangi oleh masyarakat. Masyarakat
akan hidup harmoni dan orang kaya juga akan bahagia sebab semua hak
masing-masing dipenuhi. Berbeza dengan menyimpan ia hanya memberi kesan kepada
diri dan keluarga sahaja. Masyarakat akan timbul perasaan tidak puas hati dan
dengki dengan orang kaya. Akibatnya orang kaya tidak aman sebab sering diganggu
orang miskin. Kesannya masyarakat akan berpecah dan musnah sebab hak
masing-masing tidak ditunaikan.
Setiap makhluk adalah berbeza dari
segi rezeqi masing-masing. Sebab itu dalam al-Quran Allah SWT berfirman dalam
surah an-Nahlu ayat 71
Dan Allah telah melebihkan
sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya.
Dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan
sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya
orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak
mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?
Kehidupan manusia terbahagi
kepada empat golongan iaitu, golongan fakir miskin, sederhana, kaya dan sangat
kaya. Mungkin kita tidak pernah mendengar harga pengetip kuku RM800. Apabila
ditanya ada ke tidak yang sanggup beli pengetip kuku yang berharga semahal itu?
Pemilik kedai kata: ada yang sanggup beli sekalipun harga mahal. Jika harga
pengetip kuku yang mahal mereka sanggup beli dan zakat yang hanya 2.5% tidak
mampu nak bayar memang sangat teruklah manusia ini. Namun jika mereka bermewah
dengan harta dimiliki dan mereka juga orang yang membayar zakat serta banyak
bersedekah. Maka Islam tidak pernah melarang untuk mereka bermewah, kerana
mereka sudah melaksanakan tanggungjawab. Sekiranya mereka bermewah, dalam masa
yang sama mengabaikan tanggungjawab berzakat mereka wajib diperangi.
4.0 Allah
SWT Jadikan MakhlukNya Rezeqi yang Berbeza
Allah SWT menjadikan manusia
dan makhluk lainnya. Tidak semuanya sama. Ada yang miskin dan ada yang kaya.
Sebab itu Allah SWT nyatakan surah as-Syu’ara ayat 27 firmanNya
Dan kalaulah Allah
memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di
bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan
(rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya
ia mengetahui dengan mendalam akan Segala keadaan hambaNya, lagi melihat dengan
nyata.
Dunia akan hura hara jika
Allah SWT jadikan semua sama rata dan semua kaya. Indahnya kehidupan dunia
sebab semuanya berpasangan. Malam lawannya siang. Pagi lawannya petang. Pasang
lawannya surut. Perempuan adanya lelaki. Kaya adanya miskin. Semua cukup
sempurna. Namun katakan seluruh warga di taman Husein atau di bandaraya Kuching
kaya. Semua dah ada. Semua kaya dan masing-masing ada duit yang banyak. Apa
akan terjadi dengan bandaraya Kuching sunyi sepi. Semua tidur dan tidak perlu
kerja sebab dah kaya. Bandaraya Kuching akan banyak sampah, kotor, tidak
diurus, tiada aktiviti jual beli, tiada suara-suara tawar menawar di pasar,
tiada yang buka kedai, tiada yang bangun awal, tiada yang buka stesen minyak.
Semua sunyi sepi. Tuan rasa indahkah hidup ini? Tiada yang jual kuih sebab
sebab tiada yang buat dan jual tepung. Tiada yang jual kuih bonggol, perahu,
rangin, kabab, roti john semuanya warga Kuching sepi. Bas-bas dan teksi tidak
bergerak sebab semalam mereka dapat RM1juta. Apa jadi dengan bandaraya Kuching?
Bandaraya lumpuh dan hidup ini tidak bahagia sebab semua kaya. Sebab itu Allah
SWT jadi setiap sesuatu berpasangan agar dapat bantu membantu. Golongan kaya
akan bantu yang susah dengan sedekah dan zakat. Golongan yang berduit membeli
barangan. Golongan yang berkedai mengupah orang bekerja dan mereka juga dapat
upah hasil kerja masing-masing. Sebab itu perlunya saling membantu antara satu
dengan yang lain. Maka hilang rasa dengan golongan miskin dengan orang kaya
sebab masing-masing sudah dapat hak. Inilah ajaibnya sedekah makin memberi
bersedekah makin kaya. Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Muslim
ما نقصت صدقة من مال بل تزده بل تزده
Tidak
akan berkurang harta yang disedekahkan malah makin bertambah, malah makin
bertambah.
Tidak akan kaya orang yang kedekut
dan tidak akan miskin orang yang suka memberi dan bersedekah serta pemurah.
Mahu kaya kena banyak memberi. Selalu yang miskin bila masuk melabur di
pelaburan yang entah-entah. Nak miskin banyakkan meminta dengan makhluk. Minta
duit, makanan, pakaian dan sebagainya. Kena ikut macam perangai orang Cina.
Orang Cina bila seorang dia kipas, bila berdua mereka main tikam dan bila
bertiga mereka berniaga. Orang putih bila seorang dia membaca, bila berdua
mereka mengembara, bila ramai mereka menjajah. Orang Arab bila seorang hisap syisa,
bila berdua mereka merempit, bila ramai mereka main bola atau tengok bola.
Orang Melayu bila seorang dia tidur, bila berdua mengumpat dan bila bertiga
mereka mengeteh perabis duit. Bukan semua ini orang-orang dahulu sahaja. Ini
hanya cerita tiada kaitan dengan yang hidup atau mati, hanya cerita rekaan
semata-mata.
5.0 Berniaga Usaha untuk Kaya
Saidina
Umar al-Khattab bila ditanya jika diberi pilihan untuk mati. Beliau mahu mati
dalam keadaan berjihad dan mati dipasar. Orang bertanya kenapa mahu mati di
pasar? Jawapan Saidina Umar al-Khattab tidakkah kamu tahu Allah SWT
berfirman dalam surah Muzammil ayat 20 dengan firmanNya
Ia
juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang
lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah
kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah
(membela agamanya).
Seorang usahawan mesti ada
jiwa kepimpinan dalam dirinya. Bukan semua pemimpin boleh jadi usahawan.
Seorang pemimpin tidak boleh jadi usahawan. Jika seorang pemimpin itu mahu jadi
usahawan dan dia tidak pandai, maka akan hancur usaha bisnesnya. Sebab seorang
pemimpin jangan jadi usahawan jika tidak tahu. Jika tidak musnah. Seorang
peniaga mesti jujur dengan apa yang didagangkan. Orang yang berniaga ini
seperti yang diberitahu oleh Nabi SAW dalam sabda baginda yang diriwayatkan
oleh at-Tirmizi
التاجر الصدوق الأمين مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين
Peniaga
yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati
syahid dan para solihin.
Dalam
perniagaan semua dibenar kecuali jika ada empat unsur berikut:
a.
Unsur riba
b.
Unsur gharar (penipuan)
c.
Unsur darar (memudaratkan)
iaitu zalim dan merugikan
d.
Unsur jaharah (jelas) contoh
menjual ikan di laut. Menjual air sarang tabuan sengat 10 hafiz dengan harapan
mereka yang minum akan jadi hafiz.
Peniaga
yang tidak jujur dan menipu Nabi Muhammad SAW tidak mengaku ummatnya. Ini dijelaskan
dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا
السِّلَاحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang menodongkan
(mengacukan) senjata kepada kita, mereka itu tidak termasuk golongan kita, dan
siapa yang menipu kita, tidak termasuk golongan kita juga.
6.0
Rumusan
Firman Allah SWT dalam surah Qasas ayat 77
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada
hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian
nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di
muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan ".
Kehidupan di dunia ini hanya
sementara. Tiada yang kekal abadi. Perabot jati yang kita beli di rumah 30tahun
lepas masih lagi seperti mula-mula beli dahulu cuma berdebu hanya perlu dilap
ia akan cantik semula. Tidak seperti kita yang 30 tahun lepas seorang yang
segak, kuat, bergaya dan hensem. Namun kini sudah lemah, selalu sakit-sakit,
pening dan mudah jatuh. Anggota sudah lemah. Nak belumba jauh sekali. Kudrat sudah
hilang, mata semakin kabur, otak semakin lemah, langkah semakin longlai. Zaman sudah
berubah kita yang 30 tahun lalu sudah berlalu. Sudah tidak segak, tidak hensem
lagi dan selalu sahaja pitam. Kembalilah kepada Allah SWT, insafilah segala
yang kita miliki tidak lama lagi akan jadi milik orang lain. Harta yang kita
kumpul selama 30 tahun lepas akan tidak lama lagi jadi pindah milik. Apa yang
kita bawa hanya diri kita. Amalan sedekah dan anak solih hanya akan membantu
kita. Sebab itu tuan-tuan, apa yang kita miliki ketika ini habiskanlah
banyakkan bersedekah kepada keluarga anak cucu masjid dan orang yang memerlukan
di sekeliling kita. Jangan kedekut tidak akan berkurang harta yang digunakan
untuk bersedekah seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas. Firman Allah SWT dalam
surah al-Fajr ayat 27-30
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ
رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي
﴿٣٠﴾
Hai jiwa yang tenang, kembalilah
kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam
jemaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam surgaKu.
No comments:
Post a Comment