CARA MENCINTAI NABI SAW
Yahya Bakeri
Universiti Malaysia Sarawak
1.0
Pengenalan
Rasulullah SAW
adalah nabi yang terakhir yang diutuskan kepada umat manusia. Tiada nabi
selepas baginda SAW. Sesiapa yang mengaku dia nabi selepas kewafatan baginda
SAW maka dia adalah penipu dan palsu. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab
ayat 40
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya)
menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia
adalah Rasul Allah dan kesudahan Segala Nabi-nabi. dan (ingatlah) Allah adalah
Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Menghidupkan
sunnah dan mengikuti Rasulullah SAW dalam setiap langkah kehidupannya adalah
bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW sebagaimana juga menjadi bukti
kecintaan kepada Allah. Allah berfirman dalam surah ali Imran ayat 31
Katakanlah
(wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya
Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Berdasarkan
hal ini, kecintaan kepada Allah dan RasulNya menuntut kesungguhan mengamalkan
hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci dan tidak mungkin
ada orang yang mencintai Rasulnya adalah orang yang tidak mau mengikuti
sunnahnya atau bahkan melakukan kebid’ahan dengan sengaja.
Nabi
SAW diutuskan kepada semua umat manusia. Tidak kira di kalangan siapa mereka.
Mereka berhak beriman dan menganut agama Islam. Islam untuk semua. Anutilah
agama Islam keseluruhannya. Nabi SAW wajib kita cintai dan ikuti selepas Allah
SWT. Bagaimanakah cara kita mencintai Nabi SAW seperti yang diajar oleh
baginda. Oleh kerana cinta pada Rasulullah SAW itu ibadah kena ikut cara
ibadah, iaitu ikut cara yang diajar oleh Baginda SAW. Jika kita cinta kepada
Rasulullah SAW ikutlah al-Quran dan Sunnah Baginda yang sohih, banyakkan
salawat kepada Rasulullah SAW, jangan mengadakan sesuatu ibadah bukan yang
diajar oleh Rasulullah SAW dan menghidupkan sunnah dalam diri, keluarga dan
masyarakat.
2.0
Mengikut al-Quran dan Sunnah Baginda SAW
Rasulullah SAW
menyatakan dalam hadis baginda dalam sabdanya ketika haji Wada’ Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Quran dan Sunnahku. Melebihkan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW lebih
daripada yang lain, perlu dititik beratkan oleh umat Islam. Ini kerana perintah
Allah SWT dan RasulNya lebih besar nilai daripada perintah makhluk. Sebab itu
setiap kali azan dilaung tinggalkan segala berkaitan dunia jual beli dan
sebagainya pergilah menyahut dan lakukan perintahNya. Firman Allah SWT dalam
surah al-Jum’ah ayat 9-11.
9.
Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah
berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya)10. kemudian setelah selesai sembahyang,
maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing),
dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan
Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan
di Akhirat). 11. Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang
dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai
(lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar -
berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad: pahala - balasan) yang ada di sisi
Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah
sebaik-baik pemberi rezeki.
Sabda
Rasulullah SAW yang diriwayat oleh Muslim
الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا:
لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ،
وَعَامَّتِهِمْ.
“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya:
Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah,
kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin
seluruhnya.”
Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman kepadanya, mentaati
perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami
maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya
(ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullah menyatakan: Diantara
tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan
kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya
serta berakhlak dengannya sehingga A’isyah menyatakan hadis riwayat Ahmad
كَانَ
خُلُقُهُ الْقُرْآنَ
Sesungguhnya Akhlak Baginda saw adalah Al Quran
Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah seseorang
menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka
ia mencintai Allah dan Rasul-Nya”. [lihat: Huquq Al-Nabi 1/343].
3.0
Banyakkan Salawat kepada Rasulullah SAW
Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat bersalawat kepada Baginda
SAW. Firman Allah SWT surah al-Ahzab ayat 56
Sesungguhnya
Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan)
kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Bukhari
meriwayatkan dalam kitab Al Anbiya’ dalam Shahihnya dari Abdurrahman bin Abi
Laila, dia berkata, “Ka’ab bin ‘Ujrah menemuiku kemudian berkata,
“Bersiap-siaplah engkau menerima hadiah yang aku dengar dari Nabi SAW? Aku
pernah bertanya pada beliau, “Wahai rasulullah, bagaimana tatacara bersalawat kepada
engkau? Kerana sesungguhnya Allah telah mengajari kami tatacara mengucapkan
salam kepadamu?” Maka nabi pun menjawab, “Ucapkanlah:
الَلَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرِاهِيْمَ إنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
الَلَّهُمَّ بَارِكْ عَلىَ مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إبْرَاهِيْمَ وَعَلَى
آلِ إبْرَاهِيْمَ إنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
“Ya, Allah berilah kemuliaan
kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau memberi kemuliaan kepada
Ibrahim beserta keluarganya. Sesngguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha mulia.
Ya Allah, berikanlah karunia kepada Muhammad beserta keluarganya sebagaimana
Engkau memberikan karunia kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau
Maha terpuji lagi Maha mulia.”
Menyebut
keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah
berikan kepada Baginda SAW, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal
kedudukan dan martabat Baginda SAW. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain
dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan
bertambah kecintaan kepada Rasulullah saw.
Ulama' menyatakan faedah yang boleh didapati dari
Selawat ke atas Nabi SAW ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya,
mengingatinya di hati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh
melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya
kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak
menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan
berkurangan rasa cinta dihatinya. Apabila keadaan ini kuat di hatinya maka
lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan
berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota
menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya. Fadhilat atau kelebihan
berselawat ke atas Nabi saw sangat banyak dan sangat masyhur.
4.0 Menghidupkan Sunnah Nabi SAW
Menghidupkan Sunnah
Nabi SAW dalam diri, keluarga dan masyarakat. Jadikan amalan sunnah perkara
penting dari permulaan hari sehingga ke penutup ketika tidur malam. Amalan Rasulullah
SAW lengkap dalam kehidupan harian manusia. Muslim yang mengamalkan Sunnah dalam
kehidupan harian akan dipelihara oleh Allah SWT daripada kejahatan makhluk. Kehidupan
berlandaskan Sunnah tidak akan menjadikan manusia itu jauh daripada orang lain.
Kehidupan Sunnah menjadikan kehidupan kerana Allah SWT. Tidak mengharapkan
habuan dunia, yang mereka harap cuma habuan daripada Allah SWT. Mereka tidak akan
jauh daripada masyarakat, malah sentiasa bersama masyarakat dan berusaha
menyampaikan Sunnah walau terpaksa membayar dengan harga yang mahal dengan
harta dan keluarga, iaitu sanggup menggadai harta dan nyawa untuk
memperjuangkan perintah Allah SWT dan RasulNya. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah
SAW seperti dalam riwayat Muslim sabda
Baginda SAW sebagai
tanda kecintaan ini
مِنْ أَشَدِّ
أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي
بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ.
Di antara umatku yang paling
mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka
sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.
5.0
Mencintai orang yang dicintai baginda dan Membenci orang yang dibenci baginda
5.1 Orang yang dicintai Nabi SAW
5.1.1 Ahlul-baitnya (keluarga)
Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata:
“Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah SAW adalah mencintai ahli bait”. [lihat: Syu’abul
Iman: 1/282].Ulama' lain pula menyatakan: “Di antara usul ahlus Sunnah wal
Jama’ah, mereka mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan
kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah saw tentang mereka.” Kemudian
beliau juga menyatakan: “Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib
dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’
(harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama
selawat untuk Rasulullah saw. [lihat: Majmu’ fatawa 3/407].
5.1.2 Para isteri Baginda SAW
Ahlus Sunnah Wal Jama’ah menjaga
keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti para wanita
lainnya, kerana Allah telah membezakannya dalam firman Allah SWT dalam surah
al-Ahzab ayat 32
يَا
نِسَاءَ
النَّبِيِّ
لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah sama seperti
wanita yang lain.
Menjadikan mereka sebagai ibu kaum
mukminin dalam firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 6
وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ ۗ
Dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.
Sehinggakan
wajib bagi kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat,
berselawat untuk mereka bersama Nabi saw dan memohon keampunan bagi mereka
serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka.
5.2
Orang yang dibenci Nabi SAW
Membenci orang yang Allah dan
Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi
orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara
yang menyalahi Syariat. Allah SWT dalam surah al-Mujadilah ayat 22
لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ
مَنْ حَادَّ اللهَ
وَرَسُولَهُ
وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ
أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ
الإِيمَانَ..
Kamu tidak akan mendapati sesuatu
kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang
dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun
orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun
keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam
hati mereka..
Seorang mukmin wajib memusuhi kerana
Allah dan berkasih sayang kerana Allah. Demikianlah sebahagian tanda dan bukti penting
kecintaan kita kepada Rasulullah saw, semoga Allah memudahkan kita untuk
memiliki dan merealisasikannya dalam kehidupan seharian kita.
6.0
Sahabat Nabi SAW
Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan: Termasuk dalam kecintaan
kepada Nabi saw adalah cinta kepada para sahabat Baginda saw, kerana Allah
telah memuji mereka dalam firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 29
مُحَمَّدٌ
رَسُولُ اللهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ
فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia
adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.
Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya,
tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan dari sujud.
Firman Allah SWT dalam al-Fath ayat 18
لَقَدْ
رَضِيَ اللهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ
مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ
عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا
Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika
mereka berjanji setia kepadamu di bawah pokok, maka Allah mengetahui apa yang
ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi
balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir (waktunya).
Kemudian beliau ra menyatakan: “Apabila mereka (para sahabat) telah
mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk
mencintai mereka dan mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada
mereka. Ini kerana apabila Allah
meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk
mencintai orang yang Allah cintai.” [Lihat: Syu’abul Iman: 1/287]. Umat Islam
wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka. Rasulullah
SAW yang diriwayat al-Bukhari
لا تَسُبُّوا
أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ
ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ
Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah
seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan
menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.
7.0 Kesah Sahabat yang Mencintai Nabi SAW
Rasulullah itu adalah orang yang
sangat dicintai oleh para sahabatnya, umumnya para sahabat mencintai Rasulullah
SAW, walau ada sebagian sahabat yang diam-diam membenci Rasulullah. Tetapi
mayoritas sahabat itu sangat mencintai Rasulullah SAW.
Pernah suatu
malam Rasulullah mendengar suara beberapa orang di luar kamarnya, Rasulullah
menegur: “Kenapa kalian berkumpul di sini?” lalu mereka menjawab: “Ya
Rasulullah, kami tidak sanggup tidur khawatir ketika kami tidur nanti,
orang-orang kafir datang dan membunuhmu.” Mereka sukarela menjadi satpam
Rasulullah Saw, datang sendiri, tidak dibayar. Tetapi Rasulullah Saw
mengatakan, “Tidak, Allah melindungi aku, pulanglah kamu ke tempat kamu
masing-masing.”
Ada seorang
pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu
ke rumah Rasulullah SAW, dia tunggu sampai Rasulullah SAW keluar. Setelah
Rasulullah keluar, dia hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah SAW
saja, setelah puas dia pergi. Suatu saat setelah dia bertemu Rasulullah SAW dia pergi, lalu tak lama kemudian balik lagi
dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah SAW dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau
ya Rasulullah, karena saya takut tidak sanggup melihat engkau setelah ini.” Dan
Rasulullah SAW mengizinkannya.
Kemudian,
setelah kejadian itu Rasulullah SAW tidak pernah melihat lagi tukang minyak
wangi itu. Disuruhnya sahabatnya pergi melihat, ternyata ia sudah meninggal
dunia tidak lama setelah dia pergi dari pasan dan memandang wajah Rasulullah
Saw itu. Lalu kata Rasulullah Saw: “Kecintaannya kepadaku akan menyelamatkan
dia di hari akhirat.”
Ada lagi
seorang sahabat Rasulullah bernama Abu Ayyub Al-Anshari. Ketika Rasulullah
hijrah ke Madinah, beliau beristirahat dahulu di pinggiran kota menginap di
rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan istrinya di
tingkat atas dan Rasulullah Saw di bawah. Pada malam hari Abu Ayub dan istrinya
tidak sanggup tidur karena mereka takut menggerakkan tubuhnya, semua terbujur
seperti sebongkah kayu menahan dirinya untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau
bergerak, nanti debu-debu dari atas itu berjatuhan kepada Rasulullah. Setelah
Rasulullah mengetahui hal itu, beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub
diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.
Dalam perang
Uhud, ketika kaki Rasulullah terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu
mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu lalu dia bersihkan luka itu dengan
jilatannya. Rasulullah kaget lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu
berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini
kering!”
Ada lagi
seorang sahabat, yang setelah Rasulullah meninggal dunia, membanggakan mulutnya
yang tidak ada gigi lagi. Saat perang Uhud itu juga, Rasulullah cedera karena
rantai pelindung kepalanya menusuk pipinya. Lalu seorang sahabat menarik rantai
itu dengan giginya, tapi sebelum rantai itu keluar, seluruh giginya rontok. Dia
bangga bahwa giginya itu berjatuhan karena membela Rasulullah yang dicintainya.
Sehingga menjadi satu kebahagiaan tersendiri. Ini, sekali lagi masalah cinta,
dan cinta itu selalu tidak wajar.
Ada satu contoh
lagi kecintaan orang kepada Rasulullah Saw. Menjelang suatu peperangan,
Rasulullah sedang membariskan pasukannya karena Rasulullah selalu merapikan
barisan pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin karena perutnya
terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah
lewat dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu
memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi
seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah turun dari kudanya,
dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas
atas kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul langsung
kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya, tiba-tiba
sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium perutnya. Rasulullah kaget dan
berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang
perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu.
Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.” Dan
sahabat itu kemudian gugur di medan perang setelah mencium perut Rasulullah SAW
. Rupanya ini hanya strategi dia agar sanggup mencium perut Rasulullah SAW. Kelak,
setelah Rasulullah meninggal dunia, kecintaan para sahabat itu diungkapkan
dengan kerinduan yang luar biasa kepada Rasulullah SAW.
Bilal yang
selalu adzan semasa hidup Rasulullah tidak mau beradzan lagi setelah wafat
Rasulullah karena Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad
Rasululah” karena ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi karena desakan Sayyidah
Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara adzan Bilal, dan mengingatkan
beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mau beradzan. Saat itu
waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad
Rasulullah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis
terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk
tidak lagi membaca adzan karena tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir.
Ketika Bilal berhenti saat adzan itu, seluruh Madinah bertangisan dengan tangisan
kerinduan akan Rasulullah SAW.
Mengapa Rasulullah
SAW dirindukan atau dicintai? Itu bukan hanya kerana Allah SWT membuka hati mereka
untuk rindu, tetapi kerana akhlak Rasulullah SAW yang menarik kecintaan mereka.
Dan akhlak itu adalah Sunnah. Sekiranya kita mencontohi akhlak baginda ini,
pasti kita juga akan dicintai oleh manusia. Tentu tidak oleh semua manusia,
kerana Rasulullah SAW juga tidak dicintai oleh semua manusia, tidak dicintai
oleh semua sahabat dan tidak dicintai oleh semua makhluk. Tetapi sekiranya kita
mengamalkan akhlak Rasulullah SAW itu dalam pergaulan dengan orang kebanyakan,
pasti kita juga akan menjadi manusia, yang dicintai oleh kebanyakan umat
manusia.
8.0 Kesimpulan
Cintailah Allah SWT dan Rasulullah
SAW dengan penuh keihlasan tanpa mengharap selain daripada Allah SWT. Ikutilah Sunnah
baginda dengan amanah dan usaha yang berterusan walau tidak semua. Sedikit dan
betul tidak banyak amalan Sunnah diamalkan tetapi amalan tersebut dilakukan
berterusan hanya pengharapan kepada keredhaan Allah SWT sahaja, lebih besar
bernilai disisi Allah SWT daripada amalan yang banyak tetapi tidak istiqamah.
No comments:
Post a Comment