IKHLAS
Yahya Bakeri
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
11 Disember 2015
1.0 Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas dan
bagaimana untuk mendatangkan ikhlas dalam setiap ibadah yang dilakukan? Pengertian
Ikhlas dari segi bahasa ialah ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan
menjadikan sesuatu bersih tidak kotor. Maka orang yang ikhlas adalah orang yang
menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah SWT sahaja dengan menyembahNya dan
tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam beramal. Sedangkan
secara istilah, ikhlas bererti niat mengharap ridha Allah SWT sahaja dalam beramal tanpa menyekutukanNya
dengan yang lain. Memurnikan niatnya dari kotoran yang merusak.
Ikhlas
adalah buah dan intisari dari iman. Seorang tidak dianggap beragama dengan
benar jika tidak ikhlas. Firman Allah
SWT dalam surah al-An’am ayat 162
Katakanlah: Sesungguhnya
sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Rasulullah SAW bersabda,
“Ikhlaslah dalam beragama, cukup bagimu amal yang sedikit.”
Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan, Rasulullah SAW bersabda, “Engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.” Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap ridhaNya.”
Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan, Rasulullah SAW bersabda, “Engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.” Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap ridhaNya.”
2.0 Amalan tanpa ikhlas
Betapa ruginya
seseorang itu apabila melakukan setiap amalan, jihad dan pekerjaan yang tidak
didahulukan dengan keikhlasan kerana Allah SWT. Semua perkerjaan yang baik itu
ibadah dengan syarat ia dilakukan kerana Allah SWT. Semoga Allah mengurniakan
kepada kita hati yang ikhlas kerana kita melakukan sesuatu hingga bersimbah
peluh, berkuah keringat, habis tenaga dan terkuras fikiran, kalau tidak ikhlas
melakukannya, tidak akan ada nilainya di hadapan Allah SWT. Bertempur melawan
musuh, tapi kalau hanya ingin disebut sebagai pahlawan megah, ia tidak memiliki
nilai apapun di sisi Allah. Menafkahkan seluruh harta kalau hanya ingin disebut
sebagai dermawan megah, ia pun tidak akan memiliki nilai apapun di sisi Allah.
Mengumandangkan adzan setiap waktu solah, tapi selama adzan bukan kerana Allah
yang memerintah, hanya sekadar ingin mempamerkan keindahan suara supaya menjadi
juara adzan atau menggetarkan hati seseorang hamba Allah, maka itu hanya
teriakan-teriakan yang tidak bernilai di hadapan Allah. Mengajar dan
menyampaikan ilmu agar disebut orang sebagai ilmuan yang petah. Tidak bernilai
sama sekali walaupun ianya pasrah. Menuntut ilmu dengan kesungguhan tetapi
kerana ingin mendapat pujian manusia megah, markah yang tinggi tidak kalah,
menjadi insan yang sombong dan megah, belagak dan bongkak atau kerana habuan
dunia tanpa beramal dengan ilmu yang dituntut ibarat pokok yang tidak berbuah.
Sebagai seorang penuntut ilmu jangan ada dalam diri kesombongan dengan
ilmu yang dimiliki dan jangan sekali-kali menggunakan ilmu itu tujuan untuk
berbantahan dengan pensyarah, ulama atau membantah orang-orang yang bodoh atau
agar rasa lebih hebat dalam sesuatu majlis. Barang siapa yang melakukan yang
demikian, maka berhati-hatilah terhadap neraka. Hal ini dijelaskan oleh nabi
Muhammad SAW dalam sabda baginda yang diriwayatkan oleh ibnu Majjah
لا تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ لِتُبَاهُوا بِهِ الْعُلَمَاءَ ، وَلا
تُمَارُوا بِهِ السُّفَهَاءَ ، وَلا تَتَخَيَّرُوا بِهِ الْمَجَالِسَ ، فَمَنْ
فَعَلَ ذَلِكَ فَالنَّارُ النَّارُ .
Janganlah kalian
mencari ilmu dengan tujuan untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama,
membantah orang-orang yang bodoh, jangan kalian memilih majlis untuk mendapat
perhatian orang. Barang siapa yang melakukan hal itu, maka tempatnya di neraka,
di neraka.
3.0 Tempat Ikhlas dalam diri
Ikhlas, terletak
pada niat hati. Bertapa pentingnya niat ini, kerana niat adalah pengikat amal.
Orang-orang yang tidak pernah memperhatikan niat yang ada di dalam hatinya,
mereka seolah-olah membiarkan amalan yang dilakukan tanpa nilaian dan pahala
disisi Allah SWT. Keikhlasan seseorang benar-benar menjadi amat penting dan
akan membuat hidup ini sangat mudah, indah, dan jauh lebih bermakna. Orang yang
ikhlas adalah orang yang tidak menyertakan kepentingan pribadi atau imbalan
dunia dari apa yang dapat dilakukan agar
lebih bermakna. Konsentrasi orang yang ikhlas cuma satu, iaitu bagaimana agar setiap
amalan dilakukannya diterima oleh Allah SWT. Jadi ketika sedang memasukan wang
ke dalam tabung, maka fokus fikirannya tidak ke kiri dan ke kanan, tapi fikiran
kita fokus bagaimana agar wang yang disumbangkan itu, diterima di sisi Allah
SWT. Sebab itu Allah SWT menjelaskan dalam surah al-Baiyyinah ayat 5
Pada
hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.
Sabda
Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim
إِنَّمَا الأعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ
مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى
امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Sesungguhnya
amalan-amalan itu tergantung niatnya dan setiap orang hanya akan mendapat dari
apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,
maka hirahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Barang siapa yang hijrahnya kerana
dunia yang hendak diraihnya atau kerana wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya
sesuai dengan niat hijrahnya itu.
4.0 Bagaimana memprolehi keihlasan dalam amalan
Untuk
menjadi betul-betul ikhlas, ada tiga perkara yang boleh kita perhatikan:
4.1
Ketahui cara untuk menguji keikhlasan. Caranya mudah saja. Cuba anda bayangkan
jika suasana dunia atau persekitaran yang terkait dengan amal itu ditiadakan,
adakah anda akan tetap melakukan amal tersebut? Contohnya, katakan suatu hari
bos anda berkata: Hari ini bekerjalah tanpa gaji, bantu saya. Adakah anda
terasa senang hati melakukan kerja itu? Katakan anda seorang imam. Jika anda
bersolat sendirian, adakah anda masih mencantikkan bacaan dan membaca surah
yang panjang? Jika kualiti dan tekad amal anda kekal serupa walaupun ketika
ditiadakan elemen dunia, insyaAllah anda memang melakukannya untuk Rabb yang
sedang melihat anda.
4.2 Adakah anda kerap gelisah andaikata anda tidak ikhlas? Jika ya, maknanya anda memang sudah ikhlas, atau sedang menuju keikhlasan, insya-Allah. Ini satu konsep berfikir yang menarik. Sebab, perasaan bahawa diri sedang ikhlas berkemungkinan hanya pada perkataan semata-mata. Manakala kegelisahan merasakan amal yang dilakukan tidak ikhlas akan menyebabkan kita sentiasa bermuhasabah. Kegelisahan sebeginilah yang memudahkan kita mencapai keikhlasan.
4.3 Berlatihlah untuk ikhlas walaupun terasa payah. Sebenarnya, setiap ciri-ciri mulia dalam Islam memerlukan latihan walaupun secara paksa, seperti sabar, menjaga pandangan, menjaga lisan, merendah diri dan sebagainya. Kalau kita hanya menunggu perasaan 'rela hati' untuk hadir, maka saya khuatir kita tidak akan mempunyai ciri-ciri mulia ini kecuali kalau Allah mengasihani kita. Cara kita melatih keikhlasan ialah dengan memastikan kita berniat setiap kali sebelum beraktiviti. Jangan mulakan sebarang aktiviti tanpa niat yang betul kerana Allah. Insya-Allah lama kelamaan niat yang ikhlas akan menjadi satu tabiat semulajadi. Meninggalkan amal karena manusia adalah riya’, Mengerjakan amal karena manusia adalah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika Allah memberikan anugerah kepadamu untuk meninggalkan keduanya. Ikhlas merupakan rahsia antara Allah dan hamba, yang tidak diketahui kecuali oleh malaikat sehingga dia menulisNya, tidak diketahui syaitan sehingga dia merosaknya dan tidak pula diketahui hawa nafsu sehingga dia mencondongkannya.
5.0 Ciri-Ciri Orang Ikhlas
1.
Terjaga dari segala sesuatu
yang diharamkan oleh Allah SWT, baik sedang bersama dengan manusia atau
sendiri. Disebutkan dalam hadits,“ Aku beritahukan bahwa ada suatu kaum dari
umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih,
tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang beterbangan. Mereka adalah
saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam
seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika sendiri melanggar yang
diharamkan Allah.” (HR Ibnu Majah)
2.
Senantiasa beramal di jalan Allah SWT baik
dalam keadaan sendiri atau bersama orang orang lain, baik ada pujian ataupun
celaan. Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,“ Orang yang riya memiliki beberapa
ciri, iaitu malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang.
Semakin bergairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”
3.
Selalu menerima apa adanya
yang diberikan oleh Allah SWT dan selalu bersyukur atas nikmat yang diberikan
oleh Allah SWT.
4.
Mudah memaafkan kesalahan
orang lain.
5.
Manfaat dan Keutamaan Ikhlas.
6.
Membuat hidup menjadi tenang
dan tenteram.
7.
Amal ibadahnya akan diterima
oleh Allah SWT.
8.
Dibukanya pintu ampunan dan
dihapuskannya dosa serta dijauhkan dari api neraka.
9.
Diangkatnya derajat dan
martabat oleh Allah SWT.
10. Doa akan dimakbulkan.
11. Dekat dengan pertolongan Allah.
12. Mendapatkan perlindungan dari Allah SWT.
13. Akan mendapatkan naungan dari Allah SWT di hari
kiamat.
14. Allah SWT akan memberi hidayah (petunjuk) sehingga tidak
tersesat ke jalan yang salah.
15. Allah akan
membangunkan sebuah rumah untuk orang-orang yang ikhlas dalam membangun masjid.
16. Mudah dalam memaafkan kesalahan orang lain.
17. Dapat memiliki
sifat zuhud (menerima dengan apa adanya yang diberikan oleh Allah SWT)
6.0 Cara Mencapai Keikhlasan
Cara
mencapai rasa ikhlas ialah dengan mengosongkan fikiran disaat kita sedang
beribadah kepada Allah SWT. Kita hanya memikirkan Allah, shalat untuk Allah,
zikir untuk Allah, semua amal yang kita lakukan hanya untuk Allah. Lupakan
semua urusan duniawi, kita hanya tertuju pada Allah. Jangan munculkan rasa
riya’ atau sombong di dalam diri kita kerana kita tidak berdaya di hadapan
Allah SWT. Rasakanlah Allah berada di hadapan kita dan sedang menyaksikan kita.
Insya Allah dengan cara di atas anda dapat mencapai ikhlas. Jangan lupa untuk
berdoa memohon kepada Allah SWT agar kita dapat beribadah secara ikhlas
untuk-Nya, sebagaimana doa Nabi Ibrahim a.s dalam surah al-Ana’am ayat 77
Kemudian
apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), Dia berkata:
"Inikah Tuhanku?" maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia:
"Demi sesungguhnya, jika Aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya
menjadilah aku dari kaum yang sesat.
7.0 Kesimpulan
Imam Ibnu Jammaah wafat 733H menyatakan niat yang baik ialah mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT semata-mata. Jadi tanamkan dalam setiap jiwa agar setiap amalan kita ikhlas kerana Allah SWT dan menuntut ilmu bukan mengharapkan habuan dunia tetapi untuk beramal dengan apa yang dipelajari, menghidupkan syariat, menghiasi batin dan mencari segala apa yang Allah SWT sediakan berupa keredhaan dan kurniaanNya yang besar.
" Meninggalkan amal karena manusia adalah riya’,"
ReplyDeleteboleh x ustaz terangkan lebih terperinci berkaitan ayat di atas ini.(beri contoh)
sy kurang faham. :)
meninggalkan amal kejahatan yang mahu dilakukan tetapi ditinggalkan bukan kerana Allah hanya takutkan manusia maka itu amalan riya dan tidak diterima oleh Allah swt.
ReplyDeletecth meninggalkan amalan riba tidak kerana Allah hanya kerana manusia supaya manusia memujinya dia beriman dan org alim.
This comment has been removed by the author.
DeleteOo.amal kejahatan..jelas2..syukran ustaz.
Delete