Thursday, August 20, 2015

Jangan Berputus Asa Dalam Mencari Rahmat Allah



Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 85


Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".

Jangan sekali-kali putus asa mencari rahmat Allah SWT. Orang mukmin akan berusaha sedaya upaya selagi ada kudrat untuk meminta dan memohon pertolongan Allah SWT tanpa putus asa. Mereka tidak akan mengalah. Kerana jiwa orang mukmin yakin bahawa Allah SWT pasti akan bantu dan menunaikan permintaan hambaNya. Ini dijelaskan bagaimana Nabi Muhammad SAW ditanya mengenai Allah SWT bila hambaNya. Hal ini dijelaskan dalam Firman Allah SWT dalam surah surah al-Mu’min  ayat 60 :

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.

Allah SWT sebenarnya dekat dengan kita.  Ke mana kita pergi di mana kita berada Allah SWT sentiasa bersama kita seperti oksigen sentiasa ada bersama kita walau dihirup oleh berbillion-billon makhluk namun tidak habis. Itu makhluk apatah lagi Allah SWT yang menjadikan oksigen itu dan sekelian makhluk sudah pasti lagi hebat dan lebih mampu menguasai serta mengadakan segalanya.

Setiap kehidupan ini pasti ada ujian. Dari sekecil makhluk seperti atom dan sebesar mahluk seperti alam semesta ini pasti ada ujian. Apatah lagi makhluk bernama manusia yang dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan memilih. Sudah pasti ada ujian untuk kita. Apatah lagi kita sebagai orang beriman pasti ada ujian demi ujian untuk menilai tahap keimanan kita. Ujian orang beriman lebih hebat daripada yang lain kerana inilah penilaian Allah SWT kepada hambaNya yang bertakwa firman Allah SWT dalam surah al-Angkabut ayat 2



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

          Jadi tuan-tuan Allah SWT menilai kita dengan pelbagai ujian. Ada yang diuji dengan yang berat dan ada juga yang ringan. Namun Allah SWT tidak akan menguji dan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 286
 
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Selepas itu, sebagai makhluk kita diperintahkan untuk berdoa dan meminta kepadaNya agar tidak dibebani dengan beban yang kita tidak mampu dipikul. Sesuai dengan apa yang diajar oleh Allah SWT kepada kita melalui FirmanNya dalam surah dalam ayat yang seterusnya

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Saya mahu berkongsi cerita dengan para Jemaah sekian bagaimana Allah SWT melepaskan mereka yang dalam kesusahan dengan usaha luar biasa dan doa yang tiada putus-putus.

Rahsia ‘Magik’ Dalam Usaha. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga kisah ini turut memberi manfaat buat anda. KISAH MAGIK: IMPOSSIBLE JADI POSSIBLE. APA RAHSIANYA? Sepanjang hampir 3 tahun saya menjadi seorang pendidik di UPM, banyak ‘peristiwa’ yang takkan mampu saya lupakan. Yang mengajar saya satu perkara penting: erti kehidupan. Percaya tak, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini boleh menyebabkan sesiapa pun ternganga membacanya. Sebab anda tidak akan percaya pada ‘magik’ yang berlaku. Saya ingin kongsikan kerana di sebalik cerita ini, sebenarnya ada satu ‘rahsia’ kejayaan yang ramai orang tak tahu. Ceritanya bermula apabila seorang anak didik saya stuck dalam projek ilmiah tahun akhirnya. Ya Allah, Tuhan je yang tahu risaunya saya. Tesis projek perlu dihantar lagi 2-3 minggu. Dengan eksperimen yang belum selesai (baru separuh jalan), hasil belum ada, nak buat eksperimen perlu ‘q’ panjang (sebab nak guna mesin yang orang lain dah ‘q’ panjang), technician tak bagi guna mesin, due date dah semakin dekat. Akhirnya dia datang jumpa saya. Katanya, nampak mustahil untuk siap. Benar katanya. Kalau berusaha sungguh-sungguh tapi masih ikut ‘cara biasa’ memang peratus untuk projek tu siap sangat rendah. Sebab masa dah sangat singkat. Halangan dari pihak lain pula sangat banyak. Saya tarik nafas panjang. ‘Awak kena pakai magik, Zack’ Akhirnya saya berkata. Dia pula pelik dengan kata-kata saya. ‘Magik macamana tu Dr?’ Panjang lebar saya menerangkan, tapi pointnya 2 saja: 1. Dalam masa singkat yang ada ni,give your 100% best effort. Dia tahu apa kerja yang perlu dilakukannya. So saya kata, buat semua tu sungguh-sungguh. 2. Jangan ‘rely’ kat diri sendiri. Kita ni manusia, lemah. Tapi kitakan ada Tuhan yang Maha Hebat, yang sangat baik, yang kalau Dia nak tolong kita anytime kerja kita boleh jadi mudah, boleh settle. So di samping buat kerja dengan 100% best effort, buat benda-benda lain yang Allah suka. Saya berikan beberapa contoh: – nampak makcik cleaner, derma la kat dia. – ngaji lebih sikit – solat malam – kalau beli goreng pisang, bayar lebih. – gembirakan mak ayah, anak isteri. – buat kerja amal. tolong orang lain. Sebab saya percaya pesan Tuhan: Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).  Inilah magik kehidupan yang ramai orang tak tahu. Ramai orang fikir bila nak berjaya dalam sesuatu, mesti kena usaha sungguh-sungguh saja. Sampaikan nak buat kerja-kerja volunteer pun berkira. Dia lupa yang untuk dia berjaya tu, akan jadi lebih mudah kalau Tuhan tolong. Anytime benda yang ‘impossible’ boleh jadi possible. Saya kata lagi, yang ramai orang sedekah tapi padanya sedekah untuk dapat pahala, untuk masuk syurga. Kalau itulah niat dan kefahamannya, itulah yang dia dapat. Kenapa bila soal nak berjaya, mesti patah balik pada ‘usaha bersungguh-sungguh’. Abih-abih, doa kepada Allah. Betul, usaha kita mestilah yang terbaik. Tapi tak ramai orang faham yang bila dia bersedekah, buat kerja2 amal, buat benda-benda yang Allah suka, tolong orang lain on top of usahanya yang sungguh2, kejayaan itu lebih mudah, lebih dekat. Nampak macam akan mengambil masa kita. Yelah nak kena spend masa pula buat kerja amal. Tapi masa yang diambil itulah nanti yang akan buat perkara yang mustahil tiba-tiba jadi tak mustahil lagi. Pokok pangkalnya pada kepercayaan kita. Kita percaya tak yang Allah akan tolong kita. Kan Nabi Zakaria yang sudah lewat usianya pun mendapat zuriat? Nabi Ayub yang sakit sekian lama juga sembuh umpama magik. Semuanya Allah yang uruskan. Bukankah kita bertuhankan Allah yang sama? Saya ingat lagi, saya kata pada student saya tu. “Kalau awak percaya dan buat ‘formula’ ni nanti awak akan terperanjat. Projek yang nampak mustahil nak siap ni boleh siap on time. Dan jangan terperanjat kalau awak menang projek terbaik” sebab kalau Allah nak tolong, anything can happen. Jawab beliau “Saya dapat siapkan projek ni pun saya dah lega, Dr.” Saya tahu, dari riak wajahnya dia antara percaya dengan tidak apa yang saya katakan. Tapi saya amat berharap dia buat 2 perkara yang saya pesan itu. Selang beberapa hari, dia jumpa saya dan katanya eksperimen dah siap! Ya Allah, saya tak mampu nak kata apa. Katanya technician yang pada awalnya tak nak bagi dia guna mesin disebabkan ‘q’ yang panjang tiba-tiba bagi dia guna sebab orang yang sepatutnya guna waktu tu tiba-tiba tak datang. Dan tiba-tiba, technician tu beriya menolongnya dan mengajarnya itu ini. Sampailah eksperimen tu siap dan hasilnya depan mata saya. Dia sibuk bercerita apa yang ‘tiba-tiba’ berlaku tapi saya tidak mampu memberi tumpuan. Saya sangat ter-“wow” dengan magik ini. Saya hanyut dalam pujian yang tidak putus-putus kepadaNya, Tuhan yang sangat baik. Saya tahu, Tuhanlah yang buat semua yang tiba-tiba ini berlaku. Saya tanya pelajar saya tu “apa yang awak dah buat?” Jawabnya, “saya buat macam yang Dr cakaplah”. Serba sedikit dia berkongsi cerita. Ya Allah inilah yang saya namakan magik. Bukan kebetulan, tapi magik dari Tuhan. Rupanya magik ini tidak terhenti setakat itu. Hari ini, beliau bersama pelajar-pelajar yang lain membentangkan projek mereka kepada beberapa orang juri. Ada juri dari industri. Ada pensyarah dari universiti lain. Saya sempat menjenguk. Dan baru sebentar tadi, saya menerima mesej “Dr, saya menang projek terbaik. Gold medal (tempat pertama)” Ya Allah, tergamam saya dibuatnya. Saya salah baca ke? Berulang kali saya tatap mesej itu. Ya Tuhan, janjimu benar. Terima kasih ya Allah. Kata student saya apabila eksperimennya siap: “Apa yang saya belajar ni saya rasa lebih berharga dari projek itu sendiri” Betul. Sebab inilah formula kehidupan. Rahsia macam mana hidup kita bahagia dan berjaya, jika kita faham yang agama bukan hanya pahala-syurga. Tapi apa yang diajarkan oleh agama kita, itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini lagi. Saya harap ia suatu yang bermanfaat untuk perjalanan kehidupan beliau yang seterusnya. Juga untuk anda yang membaca cerita ini. Jika ada manfaatnya, kongsikan agar orang lain juga tahu rahsia kejayaan ini.
Sebenarnya banyak lagi cerita-cerita yang benar yang pernah berlaku. Mustahil bagi manusia namun tidak pada Allah SWT . Yakinlah dengan janji Allah SWT kekuasaan Allah SWT melangkau segalanya. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui, sedangkan kita tidak mengetahui.  Mohonlah pertolongan selamanya hanya kepada Allah.  Jangan pernah lemah dan berputus asa dari rahmat Allah.  Jadikanlah sholat dan sabar sebagai penolong.

وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
 Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” 

No comments:

Post a Comment