Dalam
bulan ini juga berlaku malam lailatul qadri malam yang mana malam tersebut
lebih baik dari 1000 bulan. Firman Allah
إِنَّا أَنْـزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 1
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
2 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ 3
تَنَـزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ
مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
4 سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ 5
[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar
itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Allah, sambil membawa
segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Ini dapat
kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah dalam al-Quran dalam
surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah
S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam
lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W
telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang ertinya :
Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan
akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Menurut imam Fakhrurrazi bahwa
Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia
menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada
setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua
ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada
setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan
tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil
jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak
bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar
manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha
sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu
daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan
tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat
supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan
penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa
istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat.
Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita
membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri
kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk
beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang
menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang
dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan
lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu
menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya
datang setahun sekali.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul
qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah
saw telah bersabda mengenai lailatul qadar yang ertinya : Sesungguhnya matahari
yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam
Muslim dalam bab puasa.
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi saw bahawa
baginda telah bersabda yang ertinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar,
bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang
sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk
timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya
terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan
untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad
dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit.
3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada
Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah saw telah bersabda yang ertinya :
Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya,
tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat
siangnya terbit matahari dan tiada cahaya (suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya
daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang ertinya : Malam
lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat
mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah swt . 2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak
sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak
bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula
tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan
suram
Dalam
sebulan hanya ada satu malam sahaja yang begini, sangat beruntunglah mereka
yang memprolehinya. Apa sahaja permintaan akan diperkenankan oleh Allah swt,
oleh itu, rebutlah peluang ini kerana kita tidak tahu adakah kita akan sampai
berjumpa lagi dengan bulan ini pada tahun depan.
No comments:
Post a Comment