Hukum Samak dan Sebab-sebabnya
Yahya Bakeri
Universiti Malaysia Sarawak
1.0
Pengenalan
Hukum
samak dan sebab-sebabnya sudah dan banyak yang mengelirukan umat Islam ketika
ini. Ini kerana ramai dalam kalangan orang Islam bila sentuh sahaja anjing dan khinzir
mesti kena samak. Menjadi bertambah keliru, ada dalam kalangan umat Islam yang
menyamak bangunan keseluruhannya apabila mereka menyewa atau membeli bangunan
daripada bukan Islam. Semakin bertambah mengelirukan ada juga yang mengambil
dan buat perkhidmatan menyamak bangunan kepada umat Islam yang lain. Ini
sebenarnya memberi kesan yang besar kepada agama Islam yang mulia ini. Dalam
kajian ini, insyAllah akan mampu dirungkai permasalahan ini dan cara-cara
penyelasaian agar tidak lagi ada yang keliru.
2.0
Maksud Samak dan Sertu
Samak ialah
menyucikan kulit haiwan selain anjing dan babi dengan
syarat-syarat tertentu. Ia menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam
(peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut
dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang
mengandungi kuman-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.
Sabda Rasulullah SAW : Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat
Muslim). Contohnya kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan
daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.
Sertu ialah menyucikan sesuatu
daripada najis mughalazah, iaitu menyentuh anjing dan khinzir yang sedang basah
akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya. Najis Mughalazah hendaklah disucikan
dengan membasuh dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang
dicampurkan tanah. Jumlah basuhan ialah 7 kali. Menyucikan najis mughalazah
dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit
yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Contohnya anda terpegang
seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang
ditetapkan syarak.
i.
Kekeliruan antara samak dan sertu
Mengikut ahli fiqh, sertu adalah
lakukan kepada najis yang datang dari binatang anjing, babi dan keturunannya
yang dikategorikan sebagai Najis Muqallazah. Dari Ibn Mughaffal, ia berkata : “Rasulullah
SAW pernah memerintahkan membunuh anjing, kemudian bersabda: “Mengapa mereka
mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasulullah SAW memberi
keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu
bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut
tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan.”
Jangan
salah faham kepada mereka yang mengatakan samak kepada anjing dan babi apabila
terkena najis tersebut. Orang Melayu memang menggunakan perkataan samak
terhadap najis tersebut. Samak sebenarnya digunakan untuk membersihkan kulit
binatang. Perkataan yang sepatutnya digunakan adalah sertu atau membersihkan
Najis Mughalazah.Cara sertu, mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh
tempat yang terkena najis Muqallazah sebanyak tujuh kali, iaitu satu kali
dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air
suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu
tetap ada ain (nampak), maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga
hilang najis tersebut.
Sertu
menggunakan Sabun Taharah? Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa tidak
wajib atau tidak sah menggunakan Sabun Taharah untuk membersihkan najis anjing
dan babi kerana kandungan tanah di dalamnya adalah sedikit iaitu 5% sahaja.
Begitu juga dengan Mufti Negeri Selangor yang berpendapat bahawa tidak sah
menggunakan Sabun Taharah semasa membersihkan najis anjing dan babi, kerana
membersih najis tersebut mestilah dengan menggunakan tanah yang asli.
Kesimpulan
dari kedua pendapat di atas ialah tidak sah sertu dengan menggunakan barang
alternatif lain selain dari tanah, kecuali apabila dalam keadaan darurat sahaja
seperti apabila mengunakan tanah boleh merosakkan barang yang terkena najis
anjing dan babi atau boleh mendatangkan kemudharatan kepada orang yang terkena
najis anjing dan babi. Maka dari itu dibolehkan menggunakan barang alternatif lain
untuk membersihkan najis Mughalazah (anjing dan babi).
ii. Barangan yang diperbuat dari kulit
khinzir
Wajib sertu orang yang telah
menggunakan barangan yang diperbuat daripada kulit babi seperti contoh kasut,
beg, dompet dan sebagainya. Babi merupakan najis yang paling berat iaitu najis
mughallazah. Cara menyucikan najis ini beza dengan najis muqaffafah dan najis mutawasyitah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173 :
Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang
yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana
darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada
kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ulamak
berpendapat bahawa najis anjing yang kering sahaja tidak perlu dibersihkan,
kerana najis anjing itu tidak berat sepertimana najis babi. Kalau najis anjing
itu basah atau lembab, maka ia juga wajib dibersihkan. Najis babi atau barang
yang diperbuat dari kulit babi wajib dibersihkan kerana ia merupakan najis yang
paling berat. Kenapa Islam suruh umatnya sertu apabila tersentuh babi yang
basah? Ada satu penelitian ilmiah yang diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan
Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.
Menurut mereka “Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang
berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir (takungan) Penyakit. Gara-gara
babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1)
tidak akan menular secara langsung kepada manusia. Virus AI mati dengan
pemanasan 60'C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Maka dalam tubuh babi,
terdapat Virus AI dapat melakukan mutansi dan tingkat virulensinya boleh naik
hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1
ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama
Flu Hong Kong)."
Kesimpulannya
Islam adalah agama yang memberikan keselamatan kepada umatnya dalam semua
amalan ibadah. Setiap perkara yang diwajibkan atau diperintahkan Allah ada
tujuan dan maslahahnya. Sertu adalah merupakan cara yang terbaik untuk
menghilangkan kuman-kuman (virus-virus) yang terdapat daripada anjing dan babi
yang sudah terbukti dapat membahayakan manusia. Wajib dibersihkan kepada
pakaian, kenderaan atau tubuh yang terkena najis anjing dan babi. Begitu juga
dengan orang yang tersentuh barang yang diperbuat daripada kulit babi dan wajib
dibersihkan dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam.
3.0 Hukum
sertu bangunan
Pada dasarnya sesuatu benda adalah suci kecuali telah jelas
ia bernajis. Walaupun bangunan itu bekas yang digunakan oleh orang kafir,
tetapi sisa-sisa najis tidak kelihatan, tidak pasti berkenaan najis tersebut.
Maka tidak perlu sampai nak disertu (samak). Jika mahu basuh juga cuci sahaja
guna sabun pencuci lantai biasa. Tidak perlu menggunakan tanah.
Islam itu mudah, jika kita menjadikan ia sukar, kita sendiri akan menghadapi kesulitan. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:
Islam itu mudah, jika kita menjadikan ia sukar, kita sendiri akan menghadapi kesulitan. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:
߉ƒÌムª!$# ãNà6Î/ tó¡ãŠø9$# Ÿwur ߉ƒÌムãNà6Î/ uŽô£ãèø9$#(
Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Sertu ialah menyucikan apa saja yang
berkaitan dengan sentuhan atau jilatan anjing dan babi dengan tujuh kali
basuhan, termasuk sekali dengan air tanah. Jadi, tak perlulah menyamak semua
peralatan tersebut sebab tidak nampak sendiri yang pinggan mangkuk tu dijilat
anjing atau babi. Untuk kedua-dua keadaan di atas memerlukan keyakinan dari
diri sendiri dan janganlah berasa was-was. Seperti kenyataan prof. Dr. Haron
Din
“Namun masalah yang paling kerap berlaku dalam serangan penyakit was-was ini ialah terjebak dalam satu situasi di mana hati tidak tenteram dan sentiasa berpandangan negatif.
Mereka yang terhasut biasanya memandang dunia ini sebagai kotor. Apa saja yang mereka sentuh, terutama barang-barang yang dipegang oleh orang kafir, memerlukan sertu(samak).
Samak ialah menyucikan apa saja yang berkaitan dengan sentuhan atau jilatan anjing dan babi dengan tujuh kali basuhan, termasuk sekali dengan air tanah.
Orang yang terganggu dengan penyakit merasa semuanya kotor ini akan merasa tenteram sedikit apabila mereka sudah melakukan samak. Namun pada tahap yang serius mereka yang diserang penyakit ini akan menyamak semua barang-barang yang dibeli di pasar termasuk ikan dan sayuran. Mereka menyamak sebelum memasak kerana merasakan barang-barang itu kotor kerana disentuh oleh orang kafir. Malah ada kalanya penghidap yang lebih serius akan menyamak barang-barang lain termasuk pakaian, perabot, pisau, sudu dan barangan elektrik yang dibeli kerana merasa adanya kekotoran. Mereka terhasut untuk percaya bahawa semua benda-benda itu sudah terkena najis mughallazah (najis berat). Saya pernah merawat orang yang terkena penyakit ini dan bertanya kepada mereka, sama ada mereka menyamak semua barang-barang yang mereka ragui kebersihannya. Kalau mereka boleh menyamak ikan dan perabot, apakah mereka juga menyamak gula, kopi dan rencah minuman lain yang mungkin kedudukannya sama dengan barang-barang lain mengikut pandangan mereka.
Biasanya mereka terperanjat dan merasa malu lalu menjawab bahawa mereka tidak menyamak benda-benda itu walaupun mereka memakannya.Saya menjerat mereka dengan berkata, kalau yang lain mereka samak kerana keyakinan bahawa benda tersebut kotor, maka adalah wajar mereka menyamak kopi dan gula. Di situlah saya melihat ada perubahan dan kesedaran yang boleh membawa pembaharuan kepada mekanisme pemikiran mereka yang berpenyakit was-was ini. Saya mahu menyedarkan mereka bahawa menyamak ikan, sayur, perabot dan perkakas elektrik adalah perbuatan yang tidak rasional dan mereka adalah penghidap penyakit was-was.Mereka melakukan perkara-perkara yang tidak dituntut dalam suruhan agama. Mereka melakukannya kerana berpandukan kepada perasaan was-was yang mengganggu pemikiran dan perasaan mereka. Kalau mereka melakukan perkara tersebut kerana mereka yakin itu adalah suruhan agama maka mereka juga perlu menyamak kopi dan gula. Tetapi kerana berpandukan kepada was-was, maka amalan mereka terpesong daripada suruhan agama”. Perbuatan menyamak seperti itu bukanlah hukum kerana syariat tidak. diperintahkan Allah untuk tujuan membebankan umat Islam.

4.0 Hukum
solat
Hukum solat di tempat bernajis dan kotor tetapi najis itu
tidak kelihatan seperti solat di dataran yang tempat tersebut dilalui oleh
mereka yang menggunakan sepatu ke tandas. Keadaan ini mungkin tidak berlaku
pada tempat kita, disebabkan jemaah solat yang tidak ramai seperti di Masjidil
Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah. Namun apakah hukum solat mereka? Hukum
solat mereka adalah sah. Sebab hukum tidak boleh solat ditempat begini hanya
jelas bila dilihat najisnya. Sekiranya najis itu tidak kelihatan, yang ada cuma
yang bersih. Maka boleh solat di situ, cuma sebagai saranan, jika terdapat
ruang yang lain yang lebih diyakini kebersihannya, sebaiknya pilihlah kawasan
tersebut.
5.0 Kesimpulan
Moga penjelasan di atas dapat difahami oleh semua dan tiada
lagi yang was-was dengan cara sertu dan samak serta hukum mengenai keduanya.
Tiada lagi yang sampai menyertu bagunan dan tombol-tombol pintu atas alasan
bangunan itu didiami oleh bukan Islam. Haram itu jelas dan yang halal itu
jelas. Jangan menyusahkan diri menghukumkan sesuatu itu najis mughalazah
sedangkan hukumnya jelas. Islam itu datang pembawa rahmat dan kemudahan untuk
semua bukan menyusahkan penganutnya.
No comments:
Post a Comment