Sunday, June 13, 2010

Bahaya menonton Filem Lucah

Salam dan selamat berjuang kepada semua muslimin dan muslimat dalam mengharungi cabaran kehidupan seharian yang banyak pancarobanya. Umat Islam sekarang ini jauh dihanyutkan oleh peredaran masa sehingga lupa kepada Allah dan banyak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Kali ini saya nak mengajak dan memberikan pendedahan mengenai video lucah atau pornografi yang saya baca di Majalah Al-Islam keluaran Disember 2009. Rasa terpanggil untuk menyediakan artikel yang berkaitan masalah ini untuk disebarkan kepada umum. Mencegah perkara yang batil ini menjadi kewajipan kita bersama untuk membersihkannya dengan segala upaya yang Allah anugerahkan kepada kita. Maka tepat pukul 12.32 malam tanggal 02 Disember 2009 hari Rabu saya menghasilkan sebuat artikel yang berkaitan pornografi.

Saya datangkan statistik jumlah pengunjung laman web pornografi seperti :

1.
Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.
2.
Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
3.
Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.

Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :

1.
Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
2.
Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
3.
Jepun menghasilkan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
4.
Amerika Syarikat menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
5.
Australia menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
6.
Britain mengasilkan keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.

Negara-negara yang paling banyak menghasilkan laman web pornografi ini ialah :

1.
Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.
2.
Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
3.
Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
4.
Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
5.
Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.

Wahai muslimin dan musliman sesungguhnya cara inilah yang paling mustajab pihak musuh Islam menyerang pemikiran umat Islam. Kesannya sangat buruk dikalangan umat Islam sehingga ramai remaja Islam terdedah dan menonton filem ini. Hal ini dapat dibuktikan oleh sepasang kekasih dari tingkatan 2 dan 4 yang melihat pornografi di dalam telefon sehingga menyebabkan mereka terangsang dan berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. Malangnya mereka ditangkap oleh guru mereka dan mendapati dalam telefon mereka ada video mereka berdua melakukan seks di dalam sebuah longkang berhampiran sekolah. Contoh yang paling mudah lagi ialah banyak video seks anak muda melayu Islam di dalam internet yang sangat memalukan bangsa, agama dan negara kita.

Menurut Islam menonton pornografi adalah haram berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulallah yang bermaksud : “janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.

Jelas di sini sesungguhnya menonton video porno ini adalah haram di sisi Islam dengan apa jua alasan sekalipun, kerana video porno ini menayangkan aurat dan kemaluan orang lain sehinggakan ada penontonnya menjadi khayal dan seronok melihat aksi pelakonnya. Paling menakutkan ialah penonton tersebut akan mencari pasangannya untuk melakukan hubungan seks dengan aksi-aksi yang telah ia lihat, melakukan hubungan seks dengan isterinya seolah-olah dia sedang bersama dengan pelakon tersebut, ini sangat bahaya, Datuk mencari cucunya untuk menikmati seks seperti yang ditontonnya, Bapa mencari anaknya untuk mencuba teknik yang ditontonnya dan banyak lagi yang tak perlu disebut.

Lagipun jika ditinjau dari sudut aksi dan teknik hubungan seks yang dilakukan pelakon video porno sangat bertentangan dengan kaedah hubungan seks menurut Islam. Bagi sesiapa yang hendak berumah tangga carilah buku-buku yang berkaitan hubungan seks menurut Islam dipasaran sangat banyak dan jangan sesekali menjadikan video porno sebagai tempat pembelajaran teknik hubungan seks setelah berkahwin.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “Jangan hampiri Zina”. Jauhkanlah diri kita dari menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat dibenci oleh Allah. Siksaan bagi orang yang berzina ini sangat berat dan dahsyat. Salurlah nafsu kepada orang yang paling berhak iaitu isteri yang sah dan binalah kebahagiaan bersamanya dengan pendekatan Islam, semoga rumah tangga yang didirikan mendapat “mawardah warahmah”.

No comments:

Post a Comment