Kenapa saya pilih Islam?
Tuhan Islam satu (esa) tiada dua, tiga dan seterusnya. Tuhan Kristian 3 atau trinity dan juga Yahudi juga menyatakan tuhan beranak. Tuhan Budha banyak tak terkira. Tuhan Hindu banyak tidak terkira. Lain-lain agamapun sama seperti Hindu dan Budha.
Logik: Jika saudara kata Tuhan lebih dari satu, maka siapa yang layak nak bagi kata putus dalam rancangan alam maya ini. Jika pemimpin satu Negara, negeri dan daerah lebih dari seorang sudah tentu ada percanggahan pendapat dan sukar untuk beri keputusan kerana pemimpin lebih daripada seorang dan pasti ada percanggahan antara mereka. Jika demikian siapa yang jadi mangsa, sudah tentu makhluk. Logik akal tidak boleh terima Tuhan lebih dari satu.
Tuhan Islam tidak beranak dan tidak diperanakan.
Tuhan kritian ada anak iaitu Jisus sama juga Yahudi menyatakan Uzair itu anak Tuhan. Jika Tuhan beranak sudah tentu hilang kesempurnaannya. Kerana beranak hanya sifat makhluk. Makhluk beranak kerana mereka mahu meninggalkan zuriatnya di alam dan mereka mahu ada kesinambungan kerana mereka tahu mereka akan mati. Jadi kematian akan berlaku kepada makhluk. Jika Tuhan yang dinyatakan oleh kristien dan Yahudi itu beranak sudah pasti Tuhan itu akan mati sebab mereka beranak dan mereka akan meninggalkan zuriatnya iaitu Jesus dalam kristien dan Uzair dalam Yahudi.
Tuhan Islam Mencipta atau Maha Pencipta.
Berbalik kepada agama Budha dan Hindu atau agama yang menyembah berhala atau patung. Tuhan mereka dicipta. Masuknya di sini Tuhan para penyembah berhala dicipta dan diukir oleh penyembahnya. Sepatutnya yang mencipta yang patut disembah bukan yang dicipta.
Tuhan Islam tidak sama seperti makhluk, tidak boleh dilihat dan tidak boleh dibayangkan.
Tuhan dalam agama selain Islam boleh dilihat dan sama seperti makhluk. Agama Kritien, Yahudi , Hindu, Budha dan sebagainya mereka boleh membayangkan Tuhan. Mereka boleh melakar rupa Tuhan. Logiknya jika Tuhan dapat dilihat dan dibayangkan maka ia sudah tentu ada sifat makhluk. Dalam Islam tiada siapa yang sama denganNya (Tuhan). Akal fikiran kita boleh berfikir sesuatu yang dicipta tidak akan sama dengan pencipta dan akal punya ketabasan dan kemampuan sebab akal juga makhluk. Seorang tukang kasut tidak akan sama rupanya dengan kasut. Seorang yang membuat robat tidak akan sama macam robat dan kepastiannya kita boleh fikirkan.
Islam mengajar, Tuhan itu tempat bergantung dan memberi rezeki
Dalam Islam pegantungan dan pengharapan kepada Tuhan sebagai tempat berdoa dan mohon rezeki. Tidak boleh memohon kepada selainNya. Memohon atau meminta ampun kepada selainNya adalah syirik dan berdosa besar. Berlainan dengan agama Krestian, mereka boleh memohon melalui jalan tengah, maksudnya meminta paderi mengampun dosa mereka melalui pembelian surat pengampunan dan paderi ada kuasa pengampunan. Ini adalah pembohongan yang nyata, bagaimana dia (pederi ) sama seperti yang lain boleh punya kuasa pengampunan dosa sama seperti Tuhan. Dalam agama Hindu dan Budha sudah memang berhala itu tidak boleh jadi tempat pergantungan kerana ia tidak boleh berbuat apa-apa walaupun untuk mencipta seekor lalat, walaupun mereka (berhala) berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya, dan jika lalat mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya semula daripadanya. Kedua-duanya) lemah belaka, yang meminta dari yang mendapat hajatnya, dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
Islam mengajar manusia menurut fitrah
Islam mengajar manusia supaya jangan melawan fitrah. Islam suruh umatnya bekerja dan berusaha untuk berjaya. Islam mengajar manusia supaya pergi mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan dalam apa sahaja bidang, tanpa meninggalkan amalan fardu dan wajib. Islam mengajar manusia hadapi masalah bukan lari daripada masalah dengan meminum arak, dadah dan menyembunyikan diri dengan bertapa dan sebagainya dari menghadapi masalah. Islam mahu umatnya berjaya bukan hanya duduk di masjid dan berzikir sahaja tanpa berusaha untuk bekerja untuk mencari nafkah keluarga dalam masa yang sama Islam tidak mahu umatnya meninggalkan amalan sunnah seperti solat berjemaah, bergotong royang, bantu-membantu sesama umat. Berkasih sayang menurut perintah syariat. Malah dalam Islam mereka yang paling baik ialah mereka yang paling bertakwa. Maksudnya umat yang paling baik ialah mereka yang mengikut perintah dan meninggalkan amalan yang dilarang. Sama ada mengerjakan apa yang fardu, wajib, sunat dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt dan rasulNya. Dalam masa yang sama mereka ini memerintah diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran dan maksiat.
Berbeza sekali dengan agama Kristien, Yahudi, Hindu, Budha dan selainnya. Mereka yang mahu jadi orang baik dikehendaki melawan fitrah. Mereka ditegah berkahwin, bergaul dengan masyarakat umum, di kehendaki duduk di rumah ibadah dengan memuja tuhan siang dan malam dan ditegah begaul dengan masyarakat dan banyak perkara yang bertentangan dengan fitrah manusia. Kedudukan ini mencerminkan betapa agama ini tidak mengikut arus fitrah manusia yang mahu mempunyai keluarga, bermasyarakat, maju dan berketerampilan dalam membuat perkara yang baik. Mereka yang berkeluarga, bermasyarakat dan tidak memuja tuhan bagi mereka golongan ini bukan golongan yang beriman dan tidak suci. Tapi bagi Islam tidak, mereka yang beriman adalah mereka yang berkahwin, bermasyarakat dan taat kepada perintah Allah swt dan rasulNya. Walaupun mereka mendakwa bahawa mereka ini baik. Tetapi sebenarnya mereka cuba melawan fitrah semula jadi yang sepatutnya mereka dapat.
Islam memuliakan dan mengangkat martabat wanita
Islam menjanjung tinggi wanita, Islam cukup pelihara golongan wanita. Islam mengangkat derjat wanita. Islam tidak mahu lelaki mempermainkan wanita dan menjadikan mereka hanya objek seks. Sebelum Islam, sama ada masyarakat jahiliah di tanah arab, eropah, timur dan di mana sahaja manusia berada. Wanita ketika itu, tidak lain bagi mereka hanya seperti kain. Bila buruk boleh dibuang di mana sahaja mereka suka. Mereka tiada hak apa-apa dalam masyarakat. Walaupun mereka membuat banyak perkara kebaikkan dalam masyarakat, mereka masih lagi dipandang rendah. Mendapat anak perempuan adalah satu penghinaan dan menjatuhkan maruah keluarga. Baru sejak akhir-akhir ini mereka nak berubah dan tidak menggap buruk kepada kaum Hawa, pada hal, selama ini mereka memandang wanita adalah pembawa sial kepada keluarga dan setengah daripada mereka masih lagi melakukan demikian. Sedangkan Islam sejak awal-awal penyebaran Islam sudah menggangkat wanita. Dalam utusan Malaysia pernah menyatakan lebih satu juta bayi perempuan di India di bunuh oleh keluarga mereka, kerana tidak mahu menanggung malu.
Dalam kristian dan Yahudi perempuan yang datang haid tidak boleh duduk dan tidur bersama suami. Mereka mesti tidur di luar atau dipisahkan dari tidur bersama suami. Ini penghinaan yang dihadapi oleh kaum Hawa kafir. Apakah ini dikira adil terhadap mereka? Islam tidak demikian Islam suruh suami tidur bersama mereka cuma tidak boleh menyetubuhi sehingga mereka suci. Islam memandang wanita sangat mulia. Islam melatak pangkat wanita lebih tiga kali ganda berbanding lelaki. Islam meletakkan nilai syurga untuk mereka yang taat dan berjasa kepada ibu dan ianya juga wanita. Islam menjaga dan melindungi wanita. Islam memberi hak kepada wanita dalam memiliki harta pusaka. Islam menghukum kepada lelaki walaupun kesalahan itu dimulakan oleh wanita seperti pelanggaran dalam rukun haji. Islam mengutamakan khidmat kepada ibu lebih penting dari berjihad pada jalan Allah yang juga kepada wanita. Islam mengutuk dan melemparkan mereka ke neraka jika menderhakai kepada ibu yang juga wanita. Islam mensyaratkan haram makan harta isteri tanpa kebenarannya dan tidak kepada wanita jika mengambil harta dan makan harta suami. Mereka dianggap sudah mengambil hak dan pelakuan mereka selagi tidak melampui batas. Islam meletakkan tanggungjawab lelaki member nafkah bagi menjaga ibu dan adik beradik perempuan mereka sama ada menyediakan pakaian, makanan dan tempat tinggal. Inilah Mereka anggap wanita Islam telah dihina. Sebab suami boleh kawin lebih dari satu. Itu dianggap menghina kaum Hawa. Hakikatnya Islam suruh demikian ada sebab yang munasabah dan sesuai dengan fitrah manusia.
No comments:
Post a Comment