الْحَمْدِ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلا عُدْوَانَ ِإلا عَلَى الظَّالِمِيْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah swt dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Marilah juga kita sama-sama mengikuti sunnah nabi saw dengan penuh keikhlasan mudah-mudahan kita termasuk dari golongan orang-orang yang Allah redhai dan berikan nikmat kepada mereka.Bukan jalan orang yang Dia murkai dan bukan pula jalan-jalan orang-orang yang sesat.
Pada masa ini, ramai dalam kalangan manusia sedang menikmati dan bermadu cinta dan kasih. Ada yang bercinta secara haram dan ada yang secara halal. Cinta haram ialah mereka mencintai dengan pasangan tanpa ikatan yang sah dan cinta halal ialah cinta yang telah disahkan oleh syariat melalui ikatan perkahwinan.
Islam tidak melarang kita dari berkasih sayang selagi mana cinta dan kasih itu tidak melanggar syariat. Tapi malangnya ramai dalam kalangan umat islam yang tidak mahu menjaga batas-batas cinta dan kasih. Islam suruh kita berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain dan yang terbaik dikalangan kita ialah mereka yang paling bertakwa iaitu mereka yang menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syariat.
Firman Allah swt, ayat hujrat ayat 13.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Sudah menjadi kebiasaan orang muda mahu berumah tangga manakala orang 'lama', cabarannya mengekalkan rumah tangga. Sekarang ini, terlalu kerap kedengaran kes cerai-berai. Kisah perceraian golongan artis dan personaliti media massa menghiasai dada-dada akhbar. Gerun mendengarnya.
Sebagai insan biasa, kita juga cemaskan rumah tangga kita, marilah kita berdoa agar perkahwinan kita berkekalan hingga ke akhir hayat; bukan hingga ke anak cucu seperti diungkapkan sesetengah orang. Ini kerana ada juga pasangan veteran yang sudah beranak cucu terbabit dalam perceraian. Ertinya perkahwinan mereka berakhir selepas mereka mendapat anak cucu.
Apakah rahsia perkahwinan sehingga boleh berkekalan ke akhir hayat.Allah SWT kurniakan mawaddah dan rahmah kepada pasangan suami isteri. Apakah mawaddah dan rahmah itu?
Dalam Surah Ar-Rum Ayat 21 Allah SWT berfirman,
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untukmu (wahai golongan lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir."
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Jatuh cinta adalah kurnia Allah SWT. Biasalah orang muda lelaki dan perempuan akan jatuh cinta jika ada 'chemistry' kata budak-budak muda sekarang. Apabila sudah bercinta, si pemuda teruslah meminang dan cepat-cepatlah nikah bagi mengelakkan terjebak daripada melakukan maksiat. Itu dahulu. Bagai mana pula hari ini. Janganlah seperti mereka yang melanggar syariat seperti budak-budak muda zaman sekarang. Bertunang dijadikan lesen untuk mengusung anak dara orang tidak kira siang dan malam. Lebih teruk lagi mengusung anak dara di tepi-tepi tasik dan tempat-tempat tersembunyi sambil membawa buku sebagai bukti mereka ini sedang berbincang tentang pengajian, sebagai bukti mereka ini tidak membuat perkara yang tidak senonoh. Mak bapak pun diamkan saja, warga kita buat tak tahu dan jarang sekali mahu menegur.Ingat ini semuanya haram dan berdosa. Ingat, wahai semua firman Allah swt
surah Israk ayat 32.
وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Perkara yang membolehkan perempuan dan lelaki bercampur jika sudah suka sama suka adalah nikah. Selepas itu buatlah apa yang kamu mahu. Kasih sayang pada waktu muda inilah (bergetah kata orang sekarang)iaitu namanya mawaddah. Semuanya indah, semuanya cantik. Pujian melangit diberikan kepada pasangan masing-masing. Si teruna akan berkata kepada si dara "Dinda adalah satu antara 1,000", manakala si dara akan berkata kepada si teruna, "Abanglah lelaki paling handsome (kalah Shah Rukh Khan) di dunia ini."
Mawaddah ini termasuklah keinginan seks yang membolehkan kesinambungan kepada zuriat manusia. Kasih dan sayang dan seks menjadi agenda; semuanya indah sebab kedua-duanya masih muda, masih bergetah. Tetapi, biasalah manusia? daripada muda menjadi tua. Daripada wajah dan 'body' yang handsome tadi, anggota badan sudah mulai kendur. Yang perempuan lagi cepat proses penuaannya. Pakailah alat mekap macam mana pun, tua tetap datang, kulit mulai berkedut, laki pun tidak lagi mengucapkan kata-kata hikmat "kau sentiasa di hatiku." "Untuk mengucapkan "I love you, atau aku cinta kamu", sudah terasa geli kepada sesetengah orang. Apatah lagi jika kata-kata itu diucapkan di depan anak cucu, mereka akan berkata nanti, "orang tua ni dah buat tabiat ke?"
Jadi pada usia tua ini, apakah yang dapat menyelamatkan rumah tangga pasangan tadi. Itulah rahmah, kasih sayang peringkat tertinggi yang tidak mengenal lagi batasan fizikal. Sekali pun kau sudah 'condemn', aku tetap menyayangimu! Allah Taala telah bukakan perasaan belas kasihan antara satu sama lain, antara suami dan isteri. Bukalah mata dan hati kamu luas-luas, kamu akan dapati ada suami yang terus melayani si isteri sekalipun orang rumahnya itu telah 'tersadai' di atas katil kerana berpenyakit, demikian juga ada isteri yang terus setia sekalipun suami sudah terperosok di atas kerusi roda.
Demikianlah betapa Pemurahnya Yang Maha Kuasa, dikurnikannya manusia itu mawaddah dan rahmah. Cinta yang meluap-luap dengan iringan nafsu ketika muda dan kemudian bertukar kepada rahmah, kemuncak cinta dan kasih sayang suami isteri yang berpegang teguh kepada janji untuk sama-sama mendapatkan syurga-Nya. Bukankah itu cita-cita setiap manusia beriman?
Jadi bagi pasangan suami isteri berusahalah untuk mendapatkan kasih sayang rahmah itu. Ini kerana makin lama sesebuah perkahwinan itu, makin hilanglah mawaddahnya (sebagai contoh keinginan seks semakin lama semakin menurun). Bagi si isterilah tambatlah suami anda dengan ciri-ciri hebat anda seperti melayan makan minum dan menyediakan pakaiannya manakala bagi si suami tunjukkan keprihatinan anda seperti merawatnya ketika dia sakit. Masakan yang dimasak oleh pasangan itu ada rahmah, jika si isteri tidak mempedulikan makan minum dan rumah tangga kerana kerap berada di luar melayani kepentingan kerjayanya manakala si suami asyik-asyik mengugut nak kahwin satu lagi kerana si isteri selalu sakit.
Fikir-fikirkanlah, marilah kita (termasuk saya) mencari rahmah selepas era mawaddah berakhir akibat ketuaan diri. Semua orang akan tua kerana tua tidak diminta tetapi ia datang sendiri.
بارك الله لي ولكم في القراءن العظيم ونفعني بآياته وذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هوالسميع العليم
Khutbah Kedua
الْحَمْدِ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلا عُدْوَانَ ِإلا عَلَى الظَّالِمِيْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah swt dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Marilah juga kita sama-sama mengikuti sunnah nabi saw dengan penuh keikhlasan mudah-mudahan kita termasuk dari golongan orang-orang yang Allah redhai dan berikan nikmat kepada mereka.Bukan jalan orang yang Dia murkai dan bukan pula jalan-jalan orang-orang yang sesat.
اللهم صلي سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى آل سيدنا ابراهيم في العالمين إنك حميد مجيد
آمين يا رب العالمين:صلوات
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan. Semoga Engkau terima taubat kami, Engkau mengetahui hajat kami, harapan kami moga Engkau perkenankan permohonan kami. Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami, sebuhkanlah segala penyakit yang berada dihati kami, selamatkan hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami dan justeru itu kami mohon keampunanMu ya Gahffar.
Ya Allah ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman-taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan engkau jadikan kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. Peliharalah anak-anak kami dari bencana dunia yang tiada kesudahan ini. Tolonglah mereka menghindari daripada segala maksiat yang melanda dan tetapkanlah pendirian anak-anak muda islam agar mereka dapat memelihara daripada mala petaka zina.
Ya Allah Anta al-Ghaniiyu wa nahnu al-Fuqaraa’
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.Ya Allah kurniakanlah kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah lembut, muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.
اللهُمَّ إِنَّا نَسْأََلُكَ إِيْمَاناً صَادِقاً وَعِلْماً ناَفِعاً وَقَلْباً خَشِعاً وَلِسَاناً ذاَكِراً . وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمِ لاَ يَنْفَعْ , وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعْ وَقُرَّةِ عَيْنٍ لاَ يَسْتَجِاَبُ لَهاَ.
اللَّهُمَّ إِناَّ نَعُوْذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَاْلحَزَنِ وَنَعُوْذُ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَنَعُوْذُ مِنْ غَلَبَةِ الدَيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ.
عباد الله،
قو سيكم بآية بالتقوى الله.
بارك الله لي ولكم في القراءن العظيم ونفعني بآياته وذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هوالسميع العليم...ولذكر الله أكبر والله يعلم ما تصنعون. أقيم الصلاة.
No comments:
Post a Comment